RATU BADAK @ RATU NAGA MENJADI PARASIT DI DALAM PKR



Sejak Ratu Badak ataupun nama atas taliannya Ratu Naga berada di dalam PKR, Ratu Badak seolah-olah menjadi penghancur dalam Parti PKR. Sebelum ini pun Ratu Badak pernah membuat kenyataan bahawa dia sudah bersedia untuk membongkar dalang-dalang dan parasit yang selama ini tumbuh bagaikan cendawan dan bergayut dalam parti Keadilan untuk merosakkan dan menghancurkan Parti PKR.

Ratu Badak semua orang tahu adalah bekas blogger pro-Mahathir cukup terkenal dengan propaganda dan gemar melemparkan tuduhan dan kritikan bagi menjatuhkan parti pembangkang suatu ketika dahulu tetapi selepas Ratu Badak masuk ke dalam parti pembangkang tak lain tak bukan parti PKR, Ratu Badak dengan tiba-tiba berubah sikap. Ratu Badak kononnnya meminta maaf kepada semua pemimpin-pemimpin dalam Parti PKR terutama sekali kepada Anwar Ibrahim berikutan isu Anwar Ibrahim.

Kemaafan yang diucapkan oleh Ratu Badak sama sekali tidak boleh dipercayai. Adakah kita harus mempercayai penyaksian Ratu Badak memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan adakah dengan semudah itu, setelah Ratu Badak memohon maaf dia terus hanya boleh berdiri di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin PKR. Hanya dengan mengaku salah dan memohon maaf kepada semua, dan kemudian Ratu Badak masuk ke dalam parti pembangkang PKR maka segala-gala kata dan tuduhan Ratu Badak selepas ini benar belaka.

Ratu Badak parasit dan perosak dan selagi beliau berada dalam parti Ratu Badak akan terus merosakkan parti PKR. Ratu Badak bukan sahaja bertindak sebagai parasit bahkan Ratu Badak juga akan menghancurkan dan menumbangkan mana-mana pemimpin dalam kalangan PKR.

PKR punyalah mengutuk Najib dan Kerajaan Barisan Nasional rupa-rupanya PKR lagilah huru hara. Pemimpin-pemimpin dalam PKR sendiri menghadapi masalah dalaman dan kemelut dalaman parti. Mereka seharusnya menyelesaikan masalah dalaman parti secara profesional. Tetapi nampak gayanya pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri tidak boleh diharapkan dan mereka ini hanya bergendang tin kosong sahaja.

Kalau ada masalah yang kecil dalam PKR sekalipun PKR tidak mampu menyelesaikan apatah lagi mereka mahu menyelesaikan masalah yang sangat kritikal dan lagi serius. Senang cerita baik PKR mahupun Parti Pakatan Harapan masih belum bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang untuk menggantikan kerajaan sedia ada sekarang ini tidak lain tidak bukan Kerajaan Barisan Nasional.

Kesimpulannya kita sendiri tidak mempunyai sebarang keyakinan kepada Parti PKR mahupun Kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui negara dengan melihatkan kepada keadaan PKR dan Pakatan Harapan yang berada dalam keadaan kelam kabut dan huru hara serta masih lagi tidak mampu menyelesaikan masalah dan kemelut dalaman parti mereka sendiri.

Apa yang pasti kita akan pastikan Parti PKR dan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tokong DAP akan tewas dan tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Yang pasti kita tidak mahu pemimpin dalam parti-parti PKR ataupun Pakatan Harapan mengambil alih dan seterusnya mentadbir negara kita kerana kita takut anak bangsa kita akan tergadai dan merana nanti.

Comments