RANCANGAN BERACUN MELIBATKAN RARA CUN MELECUN



Syefura Othman ataupun Rara adalah antara calon yang telah dipilih secara tidak rasmi oleh pimpinan pusat DAP untuk bertanding sebagai calon DAP di Bentong dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 akan datang. Pemilihan berkenaan dibuat kerana DAP yakin Rara dapat menarik ramai pengundi Melayu.

Di sini kita boleh melihat politik DAP bagaimana penglibatan wanita di kalangan orang Melayu hanya sekadar pelengkap sahaja. Ini semuanya untuk menutup sikap rasis yang diamalkan di dalam DAP, maka penglibatan wanita muda Melayu ditonjolkan dengan tujuan untuk mempergunakan mereka sebagai landasan memecah belahkan sokongan di kalangan orang Melayu.

Sebenarnya tidak timbul soal menjatuhkan atau memperkecilkan penglibatan wanita yang bergiat di dalam politik parti lain, apa yang dipersoalkan sekarang ialah wanita yang berada di dalam DAP sendiri. Kita boleh melihat bagaimana wanita muda di dalam DAP yang berbangsa Melayu telah dipergunakan oleh DAP dan jika kita melihat secara rambang, kenapa tidak adakah wanita yang cantik Cina di dalam DAP? Kenapa Wanita Melayu juga dipilih oleh DAP?

Pemimpin wanita Melayu DAP sekarang ini berada di dalam DAP seumpama melukut di tepi gantang yang mana apabila wanita Melayu ini mahu dipergunakan pada masa itu jugalah barulah DAP akan menonjolkan mereka. DAP akan mempergunakan bangsa, kelulusan dan kecantikan yang mereka ada sebagai daya penarik.

Rara ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu. Rara gadis bertudung sentiasa menjadi perbualan hangat dan sentiasa terpapar perihal mereka yang menarik hati golongan muda. Rara kononnya dapat menarik dan mengajak lebih ramai wanita turut ke hadapan dalam perjuangannya yang kononnya mengembalikan demokrasi dan keadilan. Bukan itu sahaja, malahan Rara dapat menarik undian dan sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum nanti.

Di manakah wanita Melayu DAP yang lain, bukankah semua wanita Melayu DAP ini dilihat sebagai alat untuk mempergunakan kedudukannya sebagai bangsa Melayu yang boleh dihambakan oleh DAP dalam kepelbagaian cara. Jawatan dan wang sudah pasti diberikan oleh DAP untuk membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang bersifat perkauman ataupun rasis.

Kesimpulannya Rara wanita Melayu DAP hanya dijadikan bahan exploitasi oleh golongan yang berkepentingan terutamanya dalam memastikan politik DAP dapat menjerat lebih ramai orang Melayu serta memecah belahkan Melayu sebagai kaum yang dominan dalam politik negara.

Comments