PERLANTIKAN WANJI SEBAGAI PENASIHAT AGAMA SATU KESILAPAN BESAR BUAT LIM GUAN ENG



Menjadi satu sejarah dalam PKR apabila Pengerusi Biro Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Pegawai Penerangan dan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Pulau Mutiara, Lim Guan Eng.

Pada 28 September 2017, Wan Ji berusia 35 tahun dan berasal dari Kelantan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar.

Seperti mana yang kita ketahui, Wan Ji yang terkenal dengan perjuangannya menghapuskan institusi beraja di Malaysia seringkali mencetuskan kontroversi dengan pelbagai fatwa dan doktrin yang tidak selari dengan pegangan majoriti umat Islam Malaysia.

Selain dari komited dengan perjuangannya menghapuskan institusi beraja, Wan Ji juga tidak segan silu menghina Institusi Kesultanan Melayu melalui pelbagai ceramah dan penulisan beliau.

Rakyat Pulau Pinang juga melihat perlantikan Wan Ji adalah bertujuan untuk membantu Saifuddin mendakyah orang-orang Melayu dan umat Islam agar menerima kepimpinan DAP di Pulau Pinang.

Namun itu, perlantikan itu adalah satu kesilapan besar buat Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pemerintahan Lim Guan Eng kerana Wan Ji telah menjejaskan reputasi DAP dengan kenyataan-kenyataan sensitif yang melibatkan institusi beraja dan agama Islam.

Di samping itu juga, Lim Guan Eng dipercayai kecewa dengan perlantikan Wan Ji sebagai penasihat agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Wan Ji telah menimbulkan banyak isu sensitif yang mencemar nama baik Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Lim Guan Eng turut berasa kesal kerana tidak menyemak dan tidak mengkaji latar belakang Wan Ji sebelum melantiknya sebagai Penasihat Agama dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Namun yang demikian, walaupun Wan Ji menyebabkan reputasi DAP Pulau Pinang tercalar, Biro Politik PKR tetap mempertahankan tindakan Wan Ji.

Kini ada ura-ura menyatakan bahawa Lim Guan Eng mahu Wan Ji meletak jawatan dan melepaskan jawatan yang disandangnya itu. Oleh kerana tidak mahu terbeban dengan isu Wan Ji, Lim Guan Eng kini mencari alternatif untuk memaksa Wan Ji meletak jawatan.

Jelas sekali, Lim Guan Eng sedar bahawa dia telah membuat keputusan yang silap dengan melantik Wan Ji sebagai Penasihat Agama dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum terlewat dan menjadi barah maka Wanji perlu digugurkan dengan kadar segera agar tidak menjadi satu beban kepada DAP. Oleh itu, kini Lim Guan Eng mahu menyalahkan Wan Ji dan PKR kerana PKR lah yang mencadangkan Wan Ji kepadanya.

Secara tidak langsung, tindakan ini dibuat agar ianya dapat menangkis tanggapan bahawa Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak bersalah dalam pemilihan Wan Ji sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Comments