PEMBANGKANG MAHU TERUSKAN BR1M, IBARAT MENJILAT LUDAH SENDIRI


Tindakan Pakatan Harapan untuk meneruskan pemberian BR1M ibarat menjilat ludah sendiri. Sebelum ini, Pembangkang secara terang-terangan menolak BR1M, yang mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2012 dan menyifatkannya sebagai dedak buat rakyat.

Mereka berpendirian untuk mengekalkan pembayaran yang sama kepada kategori penerima yang sama menerima bantuan itu ketika ini.

Malah mereka juga ingin meningkatkan produktiviti dan nilai diri penerima BR1M. Daripada menjadikan BR1M sebagai pemberian langsung dan akan membuatkan BR1M bersyarat kepada penerima melakukan sesuatu yang positif.

Sebagai contoh, mungkin mengagihkan pembayaran tertentu BR1M kepada penerima yang bekerja, dengan syarat mereka tetap bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Pembangkang menjelaskan, yang ia juga mungkin menetapkan wang BR1M hanya digunakan untuk tujuan sosial dan keluarga tertentu.

Wang BR1M mesti digunakan untuk membeli barangan runcit untuk kegunaan keluarga, menyelesaikan bil utiliti dan untuk tujuan pendidikan. BR1M yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang di seluruh negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad, pada akhir 2016 pernah mengatakan yang pemberian BR1M sebagai rasuah dan salah di sisi undang-undang. Beliau mendakwa BR1M digunakan oleh kerajaan bagi meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Dr Mahathir membuat pusingan U pada awal tahun ini apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan bantuan itu jika pembangkang menang pada PRU14 akan datang.

Comments