Seorang bekas pemimpin cawangan DAP mendakwa parti itu melanggar perlembagaannya dengan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu menerusi kongres khas pada 12 Nov ini.
L.Pannerselvam, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Ehsan mendakwa tidak disebutkan dalam perlembagaan parti itu bahawa pemilihan CEC parti boleh diadakan dalam kongres khas. Perlembagaan parti secara khusus menyatakan bahawa pemilihan CEC perlu diadakan pada Kongres Kebangsaan Parti.
Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan. Ternyata Kongres Khas DAP ini telah melanggar perlembagaan parti. Sekiranya DAP bertegas untuk membuat pemilihan baharu pada 12 Nov dalam kongres khas, mereka perlu mengubah perlembagaan parti terlebih dahulu.
Klausa VII Artikel 8 perlembagaan parti dengan jelas menyatakan bahawa kongres khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan hal parti dan bukan untuk mengadakan pemilihan semula. Berdasarkan kepada status DAP yang diragui ROS, menurut Pannerselvam, dia tetap kekal sebagai anggota DAP walaupun dipecat oleh CEC pada 2013 kerana panel itu tidak diiktiraf oleh undang-undang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan pemilihan baharu untuk CEC parti akan diadakan pada 12 Nov di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Parti itu mengadakan pemilihan semula pada 2013 selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengesan penyelewengan dalam pemilihan 2012.
Dalam hal ini, gesaan agar kepimpinan DAP untuk mendedahkan calon yang bertanding pada pemilihan semula bagi memastikan proses kempen dan pengundian berjalan lancar serta dibuat secara telus dan adil.
Namun yang demikian, tidak mustahil jika pemilihan semula CEC DAP kali ini dibuat dengan cara kotor dan penuh muslihat kerana sudah ada tanda-tanda protes dari kalangan ahlinya yang masih meragui cara pemilihan DAP. Parti DAP parti penuh muslihat!
Comments
Post a Comment