Pakatan pembangkang akan meneruskan projek pelaburan dengan China, walaupun sebelum ini mengkritik dan membantah inisiatif itu.
Ini kerana pakatan pembangkang juga mengakui bahawa China adalah rakan dagang nombor satu Malaysia dan pengguna komoditi terbesar negara.
Malah, mereka mengakui kedua-dua negara mempunyai hubungan komersial yang lama dan ia memanfaatkan kedua-dua pihak.
Pembangkang sebelum ini pernah mengkritik tindakan kerajaan yang memeterai perjanjian pelaburan dengan negara republik itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada akhir tahun lalu memberi amaran bahawa perjanjian dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan China, membabitkan nilai pelaburan RM144 bilion mungkin menggugat kedaulatan Malaysia.
Kali ini pendirian pembangkang ini ibarat menjilat ludah mereka sendiri. Ternyata apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah betul dan tepat.
Pemimpin pembangkang berasa cemburu dengan kemampuan Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa seperti China.
Pendek kata, keputusan Kerajaan berurusan dengan negara kuasa besar Asia iaitu China adalah satu pelaburan yang menguntungkan dan bukan merugikan! Perkara ini kini disahkan dan diakui Pakatan Pembangkang!
Pembangkang kini sedar mereka tersilap!
Comments
Post a Comment