ORANG MUDA TIADA PELUANG DALAM AMANAH KERANA 'JADI PEMIMPIN PADA USIA MUDA PUN TAK GUNA...' KATA MAT SABU



Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menolak usul sayap pemudanya supaya memberikan kuota sebanyak 30 peratus kepada golongan muda untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Exco Pemuda AMANAH, Saifullah Abdul Nasir mengemukan usul agar mengetengahkan calon muda dalam kalangan pemuda dan wanitanya tetapi usul berkenaan dibantah dua perwakilan dari Pulau Pinang dan Perak dengan disokong sebahagian besar 789 perwakilan yang hadir.

Nampak gaya peluang politik untuk orang muda dalam parti AMANAH sememangnya terhad dan sangat terbatas. Manakan tidak, orang muda tidak mempunyai sebarang masa depan dalam parti ini malah penglibatan mereka juga disekat dalam parti kerana bagi Presidennya permulaan masa muda tidak menjamin pemimpin yang hebat.

Generasi muda AMANAH perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak akan diberi peluang untuk bertanding dalam PRU akan datang kerana awal-awal lagi usul mengetengahkan calon muda ditolak perwakilan AMANAH. Suara-suara orang muda diabaikan dalam parti AMANAH.

Mungkin hanya Mat Sabu sahaja yang boleh bertanding dalam usia yang muda tapi bagi generasi selepasnya orang-orang muda tidak diberi peluang. Berdasarkan rekod, Mat Sabu sudah terlibat dalam politik ketika berusia 27 tahun, tapi kali ini bila dia pimpin parti AMANAH dia tidak mahu generasi muda pula jadi calon PRU.

Mengapa bila sudah jadi Presiden, Mat Sabu membataskan penglibatan orang muda dalam politik AMANAH? Adakah Mat Sabu dan pemimpin AMANAH tidak percaya dan tidak yakin pada generasi muda AMANAH? Atau mereka risau kedudukan mereka akan terancam dengan kehadiran generasi muda dalam AMANAH dan tidak boleh cari makan lagi!

Comments