Operasi Lalang adalah salah satu daripada pelanggaran hak asasi manusia yang paling teruk dalam sejarah Malaysia, di mana pemimpinan kerajaan Tun Dr Mahathir menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap 107 ahli politik, aktivis sosial, ahli akademik dan pendidikan sejak 27 Oktober 1987. Dr Mahathir masa itu juga terus mengharamkan tiga penerbitan termasuk Sin Chew Jit Poh, Watan dan The Star.
Difahamkan beberapa NGO akan mengadakan pameran Operasi Lalang (Ops Lalang) sempena ulang tahun ke-30 operasi itu bagi mengenang ‘kekejaman’ dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menangkap seramai 106 aktivis dan musuh-musuh politiknya.
Operasi Lalang mempunyai kesan mendalam terhadap sistem demokrasi kita. Ia mencipta kesan yang menyeramkan di kalangan masyarakat sivil dan menekan kebebasan bersuara di bawah keadaan "keganasan putih". Dalam hal ini, Dr Mahathir tidak pernah berhenti sejak kejayaan Operasi Lalang malah berterusan menggunakan ISA untuk menekan dan menangkap musuh-musuh politiknya. Antara pemimpin-pemimpin yang ditahan Dr Mahathir adalah seperti Dr Kua Kia Soong, Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia dan Mohamad Sabu dari Amanah.
Sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang, Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Badan Amanah TBH Demi Demokrasi dan Bahagian Pemuda KLSCAH Youth bersama-sama menganjurkan Aktiviti Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah pameran, forum awam, sesi perkongsian mangsa dan keluarga pada 28-29 Oktober 2017 di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor. Ianya juga sebagai tanda memperingati kekejaman yang telah dilakukan Dr Mahathir ke atas insiden hitam di negara ini.
Comments
Post a Comment