NAMA JE MASIH DALAM PAS, TAPI HATI BERSAMA PAKATAN HARAPAN, ELOKLAH TAK DICALONKAN SEMULA



Tindakan PAS untuk tidak mencalonkan semula Mahfuz Omar dalam barisan calon PAS pada PRU-14 amatlah wajar dan bersifat jujur terhadap parti dan ahlinya.

Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen PAS menang pada PRU-13 yang lalu di Parlimen Pokok Sena wajar dikeluarkan dari senarai calon kerana penglibatannya bersama Pakatan Harapan selama ini.

Mahfuz didapati membelakangkan Presiden dan partinya sendiri dalam banyak keputusan yang dibuatnya. Tindak tanduk Mahfuz yang bersekongkol dengan perbuatan jahat Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan Mahathir amat tidak boleh diterima oleh semua ahli parti PAS dan sebilangan kaum Melayu.

Semasa skandal pendedahan Sirul Azhar suspek pembunuhan Altantuya Sharibu lagi, Mahfuz sudah menunjukkan belangnya bahawa dirinya adalah Pro PH dan Mahathir. Sedangkan PAS memang berpatah arang dengan Mahathir kerana corak pemerintahan bekas PM itu selama 22 tahun memerintah tidak mempedulikan PAS dan rakyat Kelantan.

Mahfuz juga terus memperlihatkan kecurangannya apabila cuba menjadi hero kemelut kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah, sedang PAS mengambil sikap berkecuali kerana urusan tersebut adalah urusan dalaman parti Umno dan Barisan Nasional.

Memang ada cakap-cakap usaha Mahfuz mempertahankan kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah adalah sebagai membalas budi dan cuba mempertahankan tender penanaman pokok kurma di sekitar Alor Setar oleh abangnya dan kemungkinan besar bagi mempertahankan beberapa kontrak mega.

Mahfuz juga begitu aktif turun ke jalanraya mengikuti segala program bantahan yang dianjurkan PH samada Perhimpunan Bersih dan sebagainya. Kononnya pennyertaannya mewakili suara dan akar umbi PAS. Sedangkan selepas Perhimpunan Haram Bersih 2.0 PAS sudah menarik diri dari terlibat dalam mana-mana perhimpunan anjuran PH. Malah melabelkan perhimpunan tersebut sebagai haram dan melarang mana-mana ahlinya untuk turun ke jalanraya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Namun sebenarnya Mahfuz hanya mahu meraih sokongan politik dan mahu menjual dirinya untuk diambil oleh mana-mana parti dalam PH untuk menjadi calon PRU seterusnya.

Terbaru, Mahfuz pula menghasut agar penyokong atau ahli PAS dibolehkan mengundi calon Pakatan Harapan pada PRU-14 tanpa keluar atau meninggalkan PAS.

Cadangan Mahfuz ini adalah satu cara tikam belakang dan salah satu usaha untuk meruntuhkan keutuhan dan pendirian ahli PAS dimana pada Fastaqim 2.0 yang lalu mereka berikrar untuk memenangkan calon PAS sahaja dan menolak mana-mana calon yang dikeluarkan oleh PH.

Comments