MEREKA SEMAKIN BIADAP & BERANI MEMPERTIKAIKAN AGENDA ISLAM!



Sejak kebelakangan ini, agenda-agenda Islam dan peranan badan-badan agama Islam di negara ini dipertikaikan oleh individu-individu yang bertentangan dengan agenda Islam.

Terbaru gesaan Mantan Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan baru-baru ini yang mahu JAKIM perlu dihapuskan dan dimansuhkan.

Sarajun Hoda juga menyatakan sokongan beliau terhadap kenyataan ahli G25, Tawfik Ismail yang sebelum ini pernah menuntut pemansuhan JAKIM.

Di antara kenyataan sensitif yang dikeluarkan dalam itu adalah seperti berikut;

“Saya menyokong Tawfik Ismail. JAKIM menjadikan Islam bahan jenaka, ia sepatutnya dihapuskan dan dimansuhkan. Mereka menjadikan kehidupan orang Islam sengsara dengan pengawasan moral yang tidak ada di dalam al-Quran.”

Selain daripada itu, Sarajun Hoda juga mendakwa bahawa Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular.

Rentetan dari penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, Sarajun Hoda turut mencabar UMNO dan PAS untuk melangkah ‘mayatnya’ sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

“UMNO dan PAS nak jadikan Malaysia negara Islam? Langkah mayat kami dahulu.” Dalam mengulas berkenaan isu tauliah, Sarajun Hoda dengan nada sinis menulis, Tuhan sendiri juga boleh ditahan oleh Jabatan Agama sekiranya berceramah tanpa tauliah.

“Sekiranya Allah sendiri atau Nabi Mohamed turun ke bumi untuk berkhutbah, mereka terlebih dahulu perlu memohon tauliah dari Jabatan Agama, dan sekiranya tidak ada tauliah mereka (Allah dan Rasul) juga akan ditahan.”

Kenyataan-kenyataan sensitif ini menunjukkan bahawa Sarajun Hoda Hassan langsung tidak mempunyai sikap menghormati sensiviti agama Islam. Akibat terpengaruh keterbukaan dan kebebasan bersuara, maka perkara-perkara seperti ini lah yang terjadi di negara ini.

Mereka mula mempertikaikan apa jua perkara melibatkan agenda Islam dan agama Islam tanpa memikirkan kesan baik buruk sesuatu isu yang diutarakan.

Pendek kata jangan biar kumpulan ini mencemar dan memburukkan imej Islam kerana mereka ini lah yang akan lakukan apa jua cara untuk memburukkan Islam dan negara.

petikan : https://www.facebook.com/sarajun.hassan/posts/10207736694294838

Comments