MENURUT DAP, HANYA SATU BUAH RUMAH DI KAMPUNG PANGKALAN, SUNGAI BAKAP DILANDA BANJIR. RUMAH PENDUDUK LAIN MUNGKIN HANYA DIMASUKI ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA.
Baru-baru ini hanya sebuah rumah di Kampung Pangkalan, Sungai Bakap didakwa menerima bantuan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang selepas banjir kilat melanda kawasan itu, awal September yang lalu. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Sheikh Alaudeen Sam Hoo menyifatkan perkara itu sebagai berat sebelah kerana pihaknya difahamkan terdapat sembilan rumah di kampung berkenaan yang terjejas dan mengalami kerugian.
Syarat ditetapkan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memohon bantuan bernilai RM 400 itu juga nampaknya sukar dipenuhi penduduk kampung berkenaan lebih-lebih lagi majoriti daripadanya merupakan warga emas. Warga emas lagilah perlukan bantuan berkenaan. Kita juga menerima banyak aduan daripada orang kampung berhubung bantuan tersebut dan percaya ramai lagi mangsa di kawasan lain yang tidak menerimanya sedangkan itu adalah hak mereka.
Tetapi cuba kita lihat banjir yang melanda negara terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berlaku saban tahun dan setiap kali bencana banjir itu melanda, kita dapat menyaksikan bagaimana pemimpin negara bertungkus lumus untuk membantu mangsa banjir. Begitu juga baru-baru ini Pulau Pinang dilanda bencana banjir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional turun padang membantu mangsa banjir.
Bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu dikuasai oleh kerajaan mahupun pembangkang kerana apa yang lebih diutamakan membela nasib dan kebajikan rakyat.
Malangnya saban tahun juga, kita boleh perhatikan bagaimana pemimpin pembangkang seperti DAP lebih sibuk untuk mencari kesalahan kerajaan daripada turun padang untuk meninjau rakyat. Lebih malang lagi ada pula yang sanggup memperlekehkan sumbangan kepada mangsa banjir.
Ia jelas tidak menghormati perasaan mangsa banjir yang amat memerlukan sokongan dan bantuan seluruh rakyat ketika ini dalam menempuh dugaan dan cabaran besar itu. DAP lebih sibuk mempertikaikan segala yang berkaitan dengan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
Berbanding dengan kerajaan, lebih banyak bantuan telah diumumkan kepada mangsa banjir malahan Najib serta pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sendiri akan turun padang untuk melawat mangsa banjir dan seterusnya menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir itu.
Bukan setakat itu malahan kerajaan akan menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir bagi memberikan keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah kerajaan yang kita mahukan, kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat bukannya mereka seperti mana pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan yang hanya tahu berpolitik tetapi apabila berlaku bencana, langsung tidak mahu menjenguk muka.
Kesimpulannya inilah perangai sebenar DAP mereka hanya akan turun mencari rakyat apabila sudah dekat dengan pilihan raya umum. Selepas itu DAP akan menghilangkan diri. Bencana banjir ini boleh dijadikan sebagai contoh untuk melihat sikap sebenar pembangkang DAP. DAP hanya tahu berkokok daripada keluar membantu rakyat dan menjaga hak dan kebajikan rakyat.
Comments
Post a Comment