MENJAWAB FITNAH TIDAK BERASAS TUN M MENGENAI PENUBUHAN KAWASAN PERINDUSTRIAN MCKIP DI KUANTAN



Kawasan perindustrian MCKIP ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China.

Syarikat tersebut telah mengiklankan sebanyak 4000 jawatan kosong dan membukanya kepada pekerja tempatan yang mahu bekerja dan mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

Iklan tersebut telah dimuatnaik di dalam talian mencari pekerjaan di dalam negara dan terdapat beberapa jawatan Eksekutif Sumber Manusia memerlukan mereka mahir dalam Undang-Undang Pekerja Buruh di Malaysia.

Itu belum lagi pemandu lori dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran buruh dan pekerja yang sesuai dengan penduduk tempatan. Apa yang didakwa Mahathir adalah sesuatu yang menjengkelkan dan tidak munasabah.

Bagi pengiklanan yang memerlukan calon berkebolehan dan mahir Bahasa Mandarin, itu merupakan sebahagian syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon supaya boleh berkomunikasi dengan lebih baik bersama pekerja yang dibawa dari China.

Memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP dan sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa Mandarin untuk berhubung dengan keperluan di bandar Kuantan misalnya.

Prosedur keselamatan bagi setiap bangunan atau tapak pembinaan juga penting bagi setiap syarikat yang beroperasi di Malaysia. Jika pelawat mahu masuk ke tapak pembinaan atau kawasan bangunan, pada kebiasaannya mereka perlu meminta kebenaran dan mendapatkan pass keselamatan sebagai pelawat.

Mungkin pelawat dikehendaki melapor di pos kawalan dan mungkin jika mereka VVIP atau VIP mungkin mereka mereka akan dijemput oleh para pekerja mereka di pintu masuk sesebuah premis.

Jika Tun M mendakwa diri dan delegasinya tidak dapat masuk kerana pihak syarikat membina tembok yang tinggi dan menghalang pandangan mereka, ini adalah prosedur biasa dan Tun M perlu meminta kebenaran kepada pihak syarikat terlebih dahulu untuk masuk.

Kawasan tapak merupakan kawasan merbahaya kepada umum dan larangan memasuki kawasan adalah prosedur biasa yang dilakukan pemaju bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan sehingga kini pihak syarikat masih membenarkan delegasi luar dan juga agensi kerajaan memasuki kawasan tapak.

Mahathir melakukan penipuan yang terlalu ketara atau lebih tepat terlalu “bodoh” apabila beliau mendakwa kawasan tersebut tidak boleh dimasuki. Kawasan mana-mana syarikat pun, jika tanpa pass masuk yang sah maka tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa mengira bangsa pun.

Mahathir mendakwa kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya dan konon semua pekerja adalah dari China seolahnya ada bahagian dalam negara ini yang telah digadaikan kepada negara China.

Ini untuk menyokong pembohongan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan negara ini kepada China. Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Bagaimana sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki secara majoritinya oleh syarikat dari Malaysia, pemajunya pulak juga syarikat dari Malaysia tapi orang Malaysia tidak boleh masuk?

Tapi itulah Mahathir, reputasinya sebagai penipu semakin terserlah dari hari ke hari. Sudah tentulah “masuk” yang dimaksudkan ni bukan main redah bangunan orang begitu saja, nak kena ada kebenaran pemilik bangunan lah dulu. Tapi ini benda biasa yang semua orang perlu faham dan patuhi.

Comments