#MENANGKIS_FITNAH_FMT_TERHADAP_KKM



FMT sekali lagi telah membuat laporan picisan bagi tujuan menipu dan mengelirukan masyarakat.

Kali ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserang mereka bagi mencapai agenda politik mereka. Motif utama mereka adalah bertujuan memberi persepsi bahawa kerajaan tidak mempunyai duit dan oleh itu perkhidmatan kesihatan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang tidak selamat dan substandard.

Sumber pemberitaan mereka tidak dinyatakan dan kita boleh andaikan bahawa sumber mereka mungkin adalah monyet yang tidak tahu apa yang diperkatakan. Mereka sudahpun menemubual Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Hisham Abdullah semalam namun kenyataannya tidak dimasukkan di dalam berita yang sama. Ia hanya diterbitkan di dalam berita berlainan bagai melepaskan batok di tangga dan tidak viral berbanding berita memburukkan KKM.

Tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali. 
Pertamanya, amalan mengguna pakai peralatan disposable item atau single use item sememangnya sudah diamalkan sejak dahulu oleh KKM dan pengamal perubatan di institusi swasta. Pengilang mengatakan ia adalah single use tetapi mereka juga apabila menjual datang berkata ia boleh digunakan beberapa kali dengan selamat kerana faham harganya yang mahal.

Misalannya, defib pad yang diletakkan di dada pesakit bagi memberikan renjatan elektrik kepada jantung, ia adalah berharga RM 500 sepasang. Takkan ia digunakan sekali sahaja? 
Begitu juga dengan mesin helmet CPAP yang berharga RM 800 satu. Takkan ianya digunakan sekali saja bagi pesakit? Ia tetap akan digunakan setelah dibersihkan dengan kaedah antiseptik jika masih berada dalam keadaan baik. Jika digunasemula pun hanya untuk 2-3 kali sahaja. 
Namun jika penggunanya adalah pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit, ia tidak akan digunasemula dan akan dilupuskan. 
Dan perlu ditekankan, kita hanya menggunasemula peralatan2 tertentu yang amat mahal saja dan bukannya setiap peralatan single use!

Doktor sudah pasti meletakkan faktor keselamatan pesakit melebihi dari segalanya kerana itulah tataetika dan sumpah kami sebagai perawat yang kami pegang selamanya hingga mati. Sudah semestinya kami tidak akan membahayakan nyawa pesakit dengan memberi rawatan2 berisiko. Tuduhan FMT ini sebenarnya adalah serius kerana mereka menuduh doktor2 bersubahat sama menutup 'salah laku' yang berlaku. Mereka perlu lebih akauntable dan transparen. Sumber berita sampah mereka ini perlu didedahkan.

Boleh saja kerajaan menetapkan bahawa penggunaan alat2 guna semula ini dijadikan single use tetapi perlulah pesakit menanggung kos tersebut. Ya, di swasta peralatan2 yang digunakan sememangnya anda boleh minta hanya digunakan untuk anda seorang sahaja jika anda mampu membayar harganya. Adalah mustahil anda mengharapkan amalan yang sama di hospital kerajaan sedangkan hampir 95% kos perawatan negara disubsidi oleh kerajaan kita.

Perkara ini bukanlah satu amalan baru semenjak dua menjak ini. Ia berlaku sejak zaman dahulu lagi hatta dari merdeka hingga kini. Ini boleh disahkan oleh para pengamal perubatan yang telah lama bekerja. Hatta jarum pun diautoclave dan diguna semula, tidak seperti sekarang yang dipakai buang.

Saya cukup tidak faham apabila disebut bahawa hospital kerajaan kini menyediakan ubat tiruan. 
Ubat tiruan memberi konotasi negatif kononnya ia adalah ubat palsu dan tidak berkualiti. 
Ubat generik adalah bukan ubat tiruan! Ia adalah ubat yang diklon dari ubat originator dan dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Kena faham dahulu proses mencipta ubat bukanlah proses yang mudah dan murah. R&D bagi tujuan menciptanya serta ujian2 klinikal yang perlu dijalankan sebelum ia selamat dijual di pasaran memakan nilai berbillion2 dollar!

Oleh itu, hak patent akan diberikan kepada syarikat2 farmasi gergasi ini supaya mereka menjadi penjual tunggal ubat ini di dunia dan mereka biasanya akan menetapkan harga yang mahal kerana mahu balik modal dan menjana untung. 
Kebiasaanya hak ini akan diberi selama 20 tahun! 
Kerajaan pasti akan membeli ubat ini kerana tidak ada pilihan dan demi rakyat.

Namun apabila tempoh ini tamat, maka ubat ini boleh diklon dan inilah ubat generik. 
Ia boleh dijual dengan lebih murah kerana tidak perlu menjalani research2 awal yang menelan belanja berbillion2 dollar. Ia hanya perlu melalui kajian bioequivalent yang membuktikan ia sama berkesan seperti ubat asal.

Penghasilan ubat generik ini adalah dipantau dengan sangat ketat oleh KKM bagi memastikan ia selamat dan berkesan digunakan. 
Industri ubat generik ini sebenarnya merangsang ekonomi negara dan mencipta peluang pekerjaan buat rakyat kerana Kerajaan mengutamakan pembelian produk generik tempatan berbanding luar negara. Bukan hanya ia menjimatkan kos, ia efektif dan juga memajukan ekonomi negara. Malah hospital swasta pun menggunakan ubat generik! Jadi apa yang cuba hendak disampaikan oleh FMT sebenarnya?

Saya hairan dengan berita2 kononnya bekalan ubat terputus, mesin rosak tidak dibaiki dan sebagainya. Masalah2 seperti ini hanya merupakan masalah tempatan dan disebabkan oleh faktor2 lokal mereka dan tidak melibatkan keseluruhan fasiliti KKM. Sekiranya ia berlaku, ia adalah disebabkan masalah pengurusan di sana dan tidak ada kaitan dengan kekurangan bajet.

Saya baru saja selesai membeli Video Laryngoscope yang canggih serta mesin EZ-I0 bagi kegunaan sebuah hospital daerah tidak berpakar di bawah seliaan saya. Walaupun kosnya melibatkan puluhan ribu ringgit, permohonan ini langsung tidak menghadapi masalah dan telah diluluskan tanpa banyak soal. Mungkin dalam bulan ini atau bulan depan hospital itu akan memilikinya. Bayangkan, sesetengah hospital berpakar pun tidak memiliki alat2an canggih ini. 
Mengapa saya boleh melakukannya? Kerana saya merancang dan berbincang mengikut saluran yang betul.

Saya tahu memang ada juga gunting dalam lipatan di dalam KKM sendiri yang menyalahkan kerajaan di atas setiap kepincangan perkhidmatan yang berlaku di fasiliti mereka. 
Segala2nya mereka jawab dengan mudah, "Kerajaan tak ada bajet....." bagi menutup kelemahan diri sendiri. Malah pegawai junior yang tak faham isu dan tak terlibat dalam pengurusan langsung tetapi pandai2 menuding jari kepada kerajaan.

Ini jawapan escapism paling mudah zaman ini. Sebenarnya ia adalah usaha sistematik mensabotaj kerajaan sambil gendangnya dipalu oleh media2 pembangkang spt FMT. Anehnya, berita tidak bersumber seperti ini diimani oleh para zombie.

SKMM perlu siasat dan ambil tindakan terhadap media sampah tak bertanggungjawab seperti ini.

#DARK

Penulis :

Dr Abdul Rahman Kadir
(Pengarah Jabatan Kecemasan Hospital Besar Melaka)

Comments