MEDIA PRO PEMBANGKANG PUN MALU NAK ULAS MENGENAI BAJET ALTERNATIF PAKATAN HARAPAN



Media arus perdana pro pembangkang dan juga media alternatif seperti media sosial didapati kurang membuat liputan mengenai bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kenapa? Dan Apakah Puncanya?
Mari kita selami analisis ini....

Bajet yang dibentangkan Wan Azizah dan Pakatan Harapan dikatakan bajet yang diolah semula dari bajet kerajaan 2017 yang lepas. Hanya terdapat beberapa penambahan dan pembaharuan sedikit dari pendekatannya untuk mencuit hati golongan B40 dan rakyat.

Golongan belia iaitu B40 disogok dengan pelbagai janji untuk menghapuskan segala bentuk bayaran dan hutang secara serta merta iaitu PTPTN. Tapi duit untuk menjelaskan hutang tersebut dari mana?

Pendidikan percuma yang dijanjikan oleh PH juga agak mustahil kerana bajet yang diperuntukkan mereka akan mengganggu perjalanan ekonomi yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sedikit bayaran yang dikenakan kepada pelajar sebelum ini pun separuh daripadanya telah ditampung oleh kerajaan dan biasiswa dari institusi yang terlibat. Kalau PH berani buatlah pendidikan percuma di UNISel dahulu.

Pemberian gaji minima kepada pekerja swasta dan sedikit melibatkan penjawat awam adalah idea lapuk yang telah disedut dari bajet kerajaan sebelum ini. RM1200 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini adalah cukup memadai bagi berdasarkan statistik pendapatan di dalam negara Malaysia.

Namun sekiranya gaji minima mahu dinaikkan, rakyat perlu meningkatkan kemahiran tertentu bagi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka bagi bersaing dalam sektor pekerjaan. Sekiranya peningkatan kepakaran dapat dinaikkan, majikan dan kerajaan mungkin akan mempertimbangkan kenaikan gaji minima kepada kadar yang lebih baik pada masa akan datang.

Penghapusan bayaran tol dalam bajet PH juga menimbulkan kesangsian terhadap rakyat. Mana tidaknya, usaha kerajaan untuk mengambilalih saham konsesi lebuhraya yang sedia ada juga menjadi cabaran dan bantahan, inikan pula pembangkang mahu membeli konsesi tersebut dan menghapuskan 100% kadar bayarannya.

Dari mana dana yang cuba digadaikan pembangkang? Adakah dari tabung dana Mahathir ataupun tabung Anwar Ibrahim?

Sentimen pembayaran dan kenaikan bayaran royalti minyak bagi negeri yang terlibat juga cuba digula-gulakan oleh pembangkang. Tidak sedarkah pembangkang banyak usaha kerajaan untuk menyumbang pelbagai jenis pembangunan dan dana untuk intensif setiap negeri? Selangor dan Pulau Pinang adalah penerima terbesar peruntukan hasil dari pemberian tersebut.

Adalah mustahil bagi melebihkan royalti minyak kepada negeri yang terlibat sedangkan peruntukan yang besar juga perlu disalurkan kepada negeri yang mempunyai majoriti dan kepadatan penduduk yang ramai.

Hanya di dalam kes Royalti minyak di Sarawak sahaja kerajaan mempertimbangkan beberapa alternatif untuk kemajuan negeri tersebut. Tidak mustahil juga alternatif tersebut dilebarkan kepada negeri pengeluar minyak yang lain.

Kemuncak dari bajet alternatif pembangkang yang agak melucukan adalah mereka akan menghapuskan GST yang kita tahu cukai tersebut adalah penyelamat kepada kemelesetan ekonomi negara yang melanda pada masa ini. Separuh dari pendapatan negara terjejas dan GST lah yang dapat menampung kekurangan tersebut bagi menampung perbelanjaan ekonomi negara.

Ada khabar angin yang mengatakan GST akan ditukar semula kepada kutipan cukai SST yang banyak merugikan negara apabila ianya dilaksanakan di era Tun M menjadi Perdana Menteri.
Target pembangkang untuk memerangi rasuah juga adalah bukan perkara yang baru diperkenalkan, kerana kerajaan telah mengangkat badan pencegahan SPRM sebagai badan bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja berlunaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Pencapaian SPRM sebelum ini juga dianggap adil dan perlu dipuji kerana mereka berjaya mendakwa dan menyiasat tanpa memilih bulu sesiapa sahaja dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Kerajaan juga bersifat terbuka penjawat awam mahupun pemimpin untuk disiasat, mengapa pembangkang masih lagi tidak puas hati?

Penambahan rumah mampu milik yang dicanangkan pembangkang juga datangnya dari idea pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Maka penambahan atau pengurangan serta perubahan yang dilakukan pembangkang datangnya dari idea kerajaan malah pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor amat kurang membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat mereka.

Inilah antara sebab mengapa media pro pembangkang tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Bajet Alternatif Pakatan Harapan dimana bajet berkenaan adalah Copy & Paste sahaja. Mereka seolah-olah tiada idea baru untuk diketengahkan. Mereka sebenarnya tiada misi pun untuk membangunkan ekonomi negara.

Pembangkang Malaysia hanya pandai menghabiskan wang negara sebagaimana angan-angan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mahu membina terowong dasar laut, tetapi sehingga kini proses tersebut hanya diperingkat kajian.

Comments