MALAPETAKA DAN BENCANA MELANDA PULAU PINANG BILA BERADA DI BAWAH DAP



Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bergantung semata-mata kepada saranan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dalam meluluskan sesebuah projek pembangunan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yew mendakwa kononnya menjadi sebab mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap memberikan kelulusan kepada projek yang mana berlakunya tragedi tanah runtuh walaupun tidak di sokong oleh JAS.

Bencana banjir berkali-kali,hari ini tragedi tanah runtuh yang menyebabkan 15 hingga 20 pekerja dipercayai tertimbus. Kegagalan demi kegagalan dapat dilihat sedang melanda Kerajaan DAP Pulau Pinang membuktikan segala laungan telus mereka dan sebagainya hanyalah retorik, sandiwara dan berdrama semata-mata. Tindakan DAP Pulau Pinang yang kerap kali dan sering mengkritik pentadbiran Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional dan Najib sebenar-benarnya hanyalah memakan diri mereka sendiri sahaja.

Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan isu bencana alam , tanah runtuh di Pulau Pinang? Sehingga sekarang bencana banjir kilat, tanah runtuh dan lumpur dilihat sering berlaku setiap kali hujan lebat malahan ia kerap kali berlaku. Semua ini disebabkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap, projek tebatan banjir tidak dijalankan dengan efektif dan DAP Pulau Pinang juga dilihat gagal mengawal aktiviti penggondolan bukit serta penerbangan pokok yang semakin berleluasa.

Sikap menuding jari Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak menyelesaikan masalah alam sekitar, malahan kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan tanah runtuh demi maslahan rakyat negeri Pulau Pinang.

Kita semua khususnya orang Pulau Pinang memandang serius serta menentang dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sama sekali tidak membawa sebarang kebaikan dan manfaat kepada rakyat. 
Rakyat Pulau Pinang khususnya perlulah mengubah dasar pentadbiran Kerajaan dengan memilih Kerajaan yang benar-benar mampu menjaga hak dan kebajikan rakyat. Bukannya kerajaan yang ''Dasarnya Mengutamakan Politiking dan bukannya Rakyat sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kesimpulannya bencana banjir dan tragedi tanah runtuh ini bukan sahaja menyusahkan rakyat Pulau Pinang malahan meragut nyawa orang Pulau Pinang dan jika dibiarkan Pulau Pinang berada lama di bawah DAP, akan lebih banyak lagi kemusnahan yang menimpa Pulau Pinang. Nyawa manusia tidak bersalah juga yang akan menjadi taruhan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan mereka sendiri akan merosakkan alam sekitar tanpa ada perasaan belas kasihan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu ambil tanggungjawap penuh!

Ketua Menteri Pulau Pinang LETAK JAWATAN lah!

Comments