MAKIN TUA MAKIN MENGARUT MAHATHIR, BAWA-BAWA BERTAUBAT MAHATHIR


Perdana Menteri turut menempelak Mahathir baru-baru ini yang menyifatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) sebagai penyalahgunaan dana kerajaan dan dakwaan Mahathir sedemikian rupa amatlah kejam dan zalim untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang bercakap mengenai penghapusan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat. Semua tindakan yang dilakukan oleh Najib dan Kerajaan Barisan Nasional adalah untuk kebaikan dan manfaat kita semua. 

Amat malang apabila Mahathir menyerang Najib secara terbuka dan kita sangat bersetuju Mahathir menegur dan mengkritik Najib dan Kerajaan Barisan Nasional tetapi Mahathir seharusnya perlu ada cara dan saluran yang betul dalam menegur dan mengkritik Najib. Cara teguran dan kritikan Mahathir terhadap Najib adalah tindakan yang sememangnya tidak wajar kerana ia lebih kepada menjahanamkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Tidak mungkin Mahathir tidak tahu tindakannya itu memberikan implikasi dan kesan selepas apa yang dilakukan oleh Mahathir. 

Kita sendiri pun tidak sanggup hendak memperkatakan apa yang dilakukan oleh Mahathir ini menunjukkan Mahathir semakin nyanyok sehinggakan Mahathir sanggup melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Mahathir sebagai seorang negarawan yang terulung, hebat menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sepatutnya bahawa kerajaan sudah membuat kenyataan sebelum ini bahawa pemberian BRIM dilaksanakan bertujuan untuk memberikan bantuan dan subsidi supaya sampai kepada sasarannya. Kerajaan mahu membantu golongan yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan supaya orang yang berpendapatan tinggi dan golongan kaya raya tidak akan mendapat bantuan berkenaan. Sekiranya Kerajaan memberikan subsidi minyak atau makanan, golongan yang berpendapatan tinggi dan kaya raya akan mendapat lebih pula.

Dengan usia Mahathir yang semakin tua dan meningkat ini, Mahathir seolah-olah sudah nyanyuk dan mengarut. Sepatutnya Mahathir menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian. Mahathir juga seharusnya menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Mahathir kembalilah ke tikar sejadah, pergi ke Mekah atau belajar agama daripada kembali ke dunia politik. Semua ini disebabkan Mahathir sering melontarkan pandangan dan pendapat sesuka hati tanpa melihat kelakuan dan tindak tanduknya selama 22 tahun memerintah. 

Kesimpulannya sehingga sekarang ini segala tuduhan, fitnah dan dakwaan Mahathir tidak pernah mendapat sambutan dan ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Malahan Najib mahupun Kerajaan Barisan Nasional sentiasa tenang sahaja ketika diserang oleh Mahathir dan ini agaknya yang membuatkan Mahathir marahkan Najib dan Kerajaan Barisan.

Comments