MAHATHIR SURUH LANUN BUGIS BALIK KE BUGIS, KETURUNAN BUGIS DIMINTA BERAMBUS DARIPADA PPBM



Baru-baru ini Mahathir telah menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berketurunan lanun Bugis dan menyuruhnya kembali ke Bugis. Kenyataan itu dibuat ketika beliau berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada hari Sabtu lepas.

Mahathir berkata "Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Mungkin Mahathir mengeluarkan komen tersebut kerana terlalu minum banyak San Miguel anaknya. Ataupun mungkin beliau sudah nyanyuk. Apapun, komen beliau telah menimbulkan banyak reaksi, terutamanya daripada masyarakat Bugis.

Sebagai contoh, bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kenyataan yang dibuat oleh Mahathir amat mengecewakan dan menyinggung ramai pihak. Datuk Osman Jamal yang sudah 31 tahun menerajui persatuan itu berkata, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat oleh Mahathir, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Persatuan Bugis Johor pula sudah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ucapan Mahathir yang disifatkan menghina dan rasis. Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad berkata, kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara yang jumlahnya kira-kira 6 juta orang.

Secara jujurnya, isu Mahathir mengeluarkan komen-komen biadap adalah satu perkara yang sudah lama berlaku sehinggakan tiada apa yang perlu dihairankan. Kalaulah Mahathir boleh memperlekehkan Rasulullah yang menjadi ikutan lebih kurang 1.6 billion pengikut di seluruh dunia, apalah sangat perasaan 6 juta orang Bugis dengan melabelkan mereka sebagai lanun.

Sudah tentu ada yang mengatakan bahawa Mahathir tersilap kata ataupun tersilap sebut tetapi apa yang boleh dilihat adalah pernyataan beliau telah dijadikan ‘wahyu’ oleh pengikut-pengikut beliau. Sebagai contoh, Portal Suara Pakatan Harapan telah menyokong pendirian Mahathir bahawa Bugis adalah keturunan Lanun dan Perompak, seterusnya meminta ahli PPBM berketurunan Bugis meninggalkan parti PPBM dengan kadar yang segera.

Sungguh... ‘hebat’ daya fikiran kepimpinan PPBM dan penyokong-penyokong setianya. Pelayar-pelayar Arab, Cina, India, Eropah belayar mengelilingi dunia. Sebilangan kecil daripada mereka terlibat dalam kegiatan lanun atau rompakan, tetapi kita tidak memanggil mereka semua sebagai lanun dan perompak. Terdapat sebilangan pelayar Portugis dan Sepanyol yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kita tidak panggil orang Portugis dan Sepanyol sebagai pembunuh.

Sebilangan kecil orang Bugis menjadi lanun atau perompak? Semua orang Bugis dicop sebagai lanun atau perompak. 
Sungguh ‘hebat’.

Jadi Mahathir yang menyebabkan Malaysia rugi berbillion-billion, kita patut panggil MahaPerompak atau MahaLanun?

Comments