MAHATHIR MERAPU LAGI KALI INI KATA BAJET 2018 BAJET RASUAH


Siapa tidak kenal dengan pakar U-Turn negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering kali mencetuskan kontroversi-kontroversi panas melalui kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Sebelum ini, Tun Mahathir menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai perbuatan rasuah kepada rakyat oleh Kerajaan. Walaupun Tun Mahathir berkata demikian, rakyat terus menyokong pihak kerajaan agar terus melaksanakan pemberiaan BR1M kerana ia sedikit sebanyak membantu golongan sasaran khususnya rakyat berpendapatan rendah.

Kali ini, Tun Mahathir sekali lagi membuat onar dengan menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan jumaat lepas oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai bajet rasuah. Beliau juga menyatakan bahawa bajet berkenaan berkenaan diwujudkan semata-mata untuk meraih undi rakyat. 

Jelas sekali, Tun Mahathir sangat cemburu dengan kemampuan bajet ini sehingga membuatnya jadi tidak tentu arah dan terpaksa membuat kenyataan bahawa Bajet 2018 adalah rasuah. Hakikatnya, Bajet 2018 kali ini adalah bajet mesra rakyat dan bajet yang sangat relevan serta diterima rakyat. Antaranya penghapusan 4 tol dalam pembentangan bajet adalah bukti kerajaan serius melaksanakan bajet ini untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat di lembah klang. 

Selain itu, pemberian dana pembangunan kepada Sabah dan Sarawak secara saksama seperti mana yang diterima di Semenanjung bukti, kerajaan juga serius untuk membangunkan semua negeri dengan cara adil dan saksama. Kekalutan Tun Mahathir berhubung isu Bajet 2018 bukti, Pakatan Harapan mulai risau dan gentar dengan kemampuan dan keseriusan pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Comments