KRITIKAN TUN M KE ATAS PELABURAN CHINA SELAMA INI MENGGAMBARKAN SIFAT "ANTI KAUN CINA" MASIH MENEBAL DALAM DIRINYA



Lakonan Tok Wali membuat siri jelajahnya ke beberapa destinasi pelaburan syarikat yang berasal dari China di Forest City Johor dan Bandar Industri MCKIP Kuantan Pahang adalah satu propaganda murahan dari dirinya dan juga partinya PPBM.

Kita sedia maklum Tun M sejak dari awal penubuhan Umno adalah seorang pejuang bangsa dan ketuanan Melayu yang tidak pernah luntur dalam dirinya. Malah dalam persidangan Umno setiap tahun, Tun M tidak pernah gagal untuk memartabatkan bangsa Melayu untuk berjaya dan bersaing dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia terutamanya bangsa Cina.

Malah dasar kerajaan seperti DEB dan Wawasan 2020 yang telah dilaksanakan juga banyak menjaga kepentingan Melayu yang kononnya supaya Melayu tidak keciciran dari semua aspek sosial, ekonomi dan politik.

Namun bila sudah bersama DAP dalam blog pembangkang, Tun M sudah lupa dengan asas perjuangannya yang telah dilaungkan selama ini.

Bila diteliti kritikan dan komen yang dilemparkan oleh Tun M semasa sesi lawatannya ke dua-dua projek mega Malaysia - China tersebut, jelas menggambarkan bahawa semangat keMELAYUAN dalam diri Tun M masih menebal. Pada sisi yang lain sebenarnya sikap dan sifat "ANTI KAUM CINA" Tun M tidak pernah luntur.

Mana tidaknya, pada zaman era pemerintahannya selama 22 tahun Tun M telah membawa masuk teknologi dan kemahiran dari negara Korea dan Jepun untuk membantu mengembangkan ekonomi negara.

Namun pelaburan dari China amat kurang sekali. Mungkin ini disebabkan pada masa itu China belum berkembang ekonominya sebagaimana pada hari ini.

Tapi adakah sangkaan itu benar?

Adakah sentimen negara Komunis masih menghantui Tun M?

Mungkin sifat di dalam dirinya sendiri sebagai pejuang Melayu tulen (pada masa itu) menyebabkan sifat "ANTI KAUM CINA" terpaksa diwujudkan di dalam dirinya seterusnya menolek pelaburan dari China.

Sekiranya Tun M memikirkan impak keuntungan dari sudut ekonomi, kemungkinan besar Tun M dan para kroninya menjadi pelobi terbesar dalam setiap projek kerajaan kerana kroni belaannya ramai yang berketurunan Cina.

Tapi apabila melihat kejayaan DS Najib membawa pelaburan dari China dengan begitu banyak dan kesemuanya berjaya dengan mendatangkan impak yang besar kepada ekonomi negara, Tun M mula mencemburuinya.

Malah serangan demi serangan ke atas setiap projek kerajaan dilakukan dengan harapan rakyat dan juga pelabur yang mahu melabur dalam projek berkenaan menarik diri serta memboikotnya.

Akan tetapi atas keyakinan dan ketabahan kerajaan dan DS Najib, semua yang direncanakan dapat dicapai dan dalam beberapa tahun akan datang rakyat akan dapat merasakan hasil tuaiannya.

Comments