KEWAJARAN KERJASAMA PAS-UMNO PERLU DISAMBUT BAIK KATA PEMIMPIN & BEKAS PEMIMPIN PAS


Pengerusi Lembaga Penasihat PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan bahawa Barisan kepimpinan PAS perlu berhenti main ‘tarik tali’ dan menilai kembali tawaran kerjasama UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara PAS dan UMNO kini dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. Menurutnya PAS dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

Ini kerana perkara berkenaan adalah alternatif terbaik kepada PAS untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diusulkan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa awal Oktober lalu.

Adalah wajar bagi PAS menyambut cadangan kerjasama ini. Dalam hal ini, kerjasama ini adalah lebih kepada kerjasama politik yang berupa konsep ‘tahaluf’ dan ‘tabayyun’. Dengan kerjasama seumpama ini parti UMNO dan PAS boleh berbincang untuk kepentingan masa depan negara. Ianya bukan gabungan UMNO-PAS tapi sekadar kerjasama politik yang berteraskan kepada kepentingan kedua-dua parti yang memperjuangkan agenda dan masa depan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini kedua-dua pihak pernah berbincang mengenai kerjasama tersebut tetapi hingga kini masih tiada kata putus mengenainya. Namun itu, Tok Guru Hadi Awang pernah berkata bahawa pemuafakatan penyatuan atau kerjasama antara PAS dan UMNO adalah dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan. Dari kenyataan ini lah sudah ada bibit penyatuan dan keserasian antara kedua-dua parti tertua negara ini.

Dalam berpolitik perlu ada kematangan, kewarasan, bebas dan adil serta perlu cakna atau prihatin terhadap masalah rakyat dan negara. PAS tidak perlu sertai UMNO dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Comments