KEMENTERIAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG TIDAK LULUS PROJEK PERUMAHAN, TAPI LIM GUAN ENG INGKAR!!



Merujuk surat rasmi yang tular selepas insiden di tapak pembinaan projek perumahan rumah mampu milik di Tanjung Bungah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa pekerja asing, mesti ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas insiden tersebut.

Surat rasmi yang bertarikh 23 Januari 2015 itu dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang yang telah menjalankan kajian di kawasan tersebut mendapati tanah yang dicadangkan untuk membina perumahan mampu milik berkenaan adalah tidak selamat untuk didirikan bangunan dan sebagainya.

Ini berikutan jarak antara tapak projek berdekatan dengan kuari yang sedang beroperasi bersebelahan kawasan berkenaan. Jarak yang terlalu hampir akan mengakibatkan tanah runtuh dan sebagainya.

Malangnya kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng dengan menggunakan kuasa yang ada telah membenarkan projek dijalankan. LGE tidak memikirkan langsung keselamatan para pekerja semasa membina bangunan tersebut.

Malah LGE juga tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan peduli ke atas pembeli sekiranya musibah melanda selepas projek perumahan mampu milik tersebut siap kemudian hari.

Mentang-mentang projek tersebut merupakan projek perumahan mampu milik yang akan didiami oleh rakyat yang berpendapatan sederhana, LGE meletakkan projek berkenaan di lokasi yang paling berisiko untuk dibina pembangunan.

Tindakan LGE ini adalah double standard dimana hartanah yang bernilai tinggi, kedudukan lokasi yang amat strategi dan mendapat pulangan yang lumayan kepada kerajaan negeri dijual kepada golongan jutawan serta rakyat asing.

Tender pembinaannya pula diberi atau diberikan kepada kontraktor yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya dan mempunyai kepentingan terhadap DAP untuk menjada pendapatan parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat kerana ia melibatkan puluhan nyawa manusia.

Lim Guan Eng wajar jawab dan letak jawatan segera!

Comments