KAKI PUTAR BELIT RAFIZI DIGESA HENTIKAN FITNAH TERHADAP FELDA



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diminta menghentikan sebarang usaha untuk mengelirukan rakyat khususnya terhadap warga Felda jika semata-mata hanya untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzil Hasan berkata ini ekoran dakwaan kononnya Felda menggunakan pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London, United Kingdom (UK), adalah sama sekali tidak benar.

Kaki putar belit Rafizi Ramli kononnya mendakwa bahawa dirinya cuba menegakkan benang yang basah dengan kenyataan seolah-olah beliau mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengenai akaun hotel Bayswater. Bukan itu sahaja malahan Rafizi mendakwa kononnya dirinya tidak tidur 48 jam untuk mencari bukti-bukti berkaitan dengan syarikat yang terbabit dengan hotel tersebut serta meminta FELDA menjelaskan mengenai maklumat terbarunya itu. Rafizi mendakwa kononnya dia membuat penyelidikan dan penyiasatan termasuk kaedah ''reverse accounting'' terhadap akaun FELDA.

Dalam isu Grand Plaza di Bayswater, Rafizi sebenarnya mewujudkan keadaan misteri dengan penyelidikan beliau yang setengah masak atau half baked dengan merujuk hanya kepada sebahagian akaun dan tidak kepada akaun yang sepenuhnya. Hakikatnya apa yang dilakukan oleh Rafizi ini sebenarnya memakan dirinya sendiri. Rafizi jangan menyesal dengan segala tindakan yang dilakukan oleh beliau sendiri akan mengheret dirinya ke muka pengadilan sehingga dijatuhkan hukuman. Rafizi perlu ingat hukuman itu seperti datang bergolek muncul di depan mata dek kerana perbuatan Rafizi sendiri.

Kesimpulannya gambaran imej yang Rafizi mahu dijual kepada khalayak sebagai berani, sanggup berkorban dan berkata benar semakin sirna dan tidak berkesan. Kita semua sudah mulai muak dengan Rafizi Ramli yang kian hari demi hari mengejar populariti dengan menjaja fitnah dan hasutan semata-mata. Malah Rafizi Ramli juga sudah biasa dengan situasi ini yang kini berdepan beberapa hukuman mahkamah yang menantinya termasuk penjara. Frasa ‘saya sedia menunggu di mahkamah dan saya akan dedahkan segalanya di mahkamah’ adalah mainan lidahnya. Dalam kes-kes terdahulu, yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak yang berakhir beliau didapati bersalah

Comments