Penasihat DAP Lim Kit Siang seperti orang yang bercakap tidak serupa bikin, kaki penipu, pembohong dan berani mencincang Islam apabila beliau membuat dakwaan bahawa DAP kononnya akan menjunjung pegangan Islam sebenar di negara ini jika Pakatan Harapan berjaya dan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata ianya sangat bercanggah dengan pendirian Kit Siang serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri yang secara terang-terangan menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sewaktu dibentangkan di Parlimen selain menghina pelaksanaan hudud.
Kit Siang sendiri pernah terpalit dengan kontroversi berkaitan dengan Islam apabila beliau sendiri terlibat dalam mengeluarkan kenyataan isu kalimah Allah, melarang azan dengan menggunakan pembesar suara, menyokong kumpulan anti hadis dan banyak lagi.
Memang benar sebelum ini Lim Kit Siang pernah berjanji untuk memelihara hak keistimewaan Melayu, sebab itulah di merata-rata tempat Kit Siang akan pergi untuk berceramah, dan janji yang sama akan beliau ulangi berkali-kali.
Tetapi hakikatnya janji-janji Kit Siang itu sukar untuk diterima selagi Lim Kit Siang selaku manusia paling berkuasa dalam DAP tidak meminda Perlembagaan parti DAP. Penghapusan pembahagian antara bumiputera dan bukan bumiputera dan perlaksanaan kesaksamaan etnik {b}. Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar ‘merit dan keperluan’.
Mengapa Kit Siang sendiri tidak melakukannya sedangkan beliau telah menabur janji-janji kepada orang-orang Melayu? Adakah Kit Siang menabur janji-janji itu hanya untuk memperdayakan dan mempermainkan orang-orang Melayu?
Kalau hendak difikir-fikirkan Islam sebenar Kit Siang adalah Islam yang bagaimana? Kit Siang seakan-akan bertindak munafik secara nyata dan semakin berani mencincang Islam dengan pisau tikaman yang halus dan cukup mengelirukan.
Penyokong pembangkang Pakatan Harapan sering kali mendakwa kononnya pemimpin Melayu lain dalam Pakatan Harapan masih lagi ramai dan boleh memelihara hak dan kebajikan orang Melayu. Ya sememangnya benar dan betul seperti apa yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang dan DAP tetapi apa gunanya pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan mereka ini hanyalah sebagai alat dan boneka untuk menarik undian dan meraih sokongan orang Melayu semata-mata.
Kesimpulannya Lim Kit Siang sememangnya boleh dilabelkan sebagai penipu dan pembohong dengan mudah memberikan janji-janji kepada orang Melayu dengan harapan dapat memperdayakan orang Melayu bagi meraih sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum nanti.
Comments
Post a Comment