KAK JIJAH KAKI KIPAS KONON MAHU SELAMATKAN NEGARA SEDANGKAN PAKATAN HARAPAN KUCAR KACIR



Baru-baru ini Ketua Pembangkang Wan Azizah mengalirkan air mata semasa memberikan ucapan dalam Forum Pertembungan Tiga Penjuru: Kemenangan Pakatan Harapan. Wan Azizah kononnya dilihat tidak dapat menahan perasaannya pada ketika dia bercerita mengenai pengalamannya dalam arena dan dunia politik.

Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jijah Kipas mendakwa yang kononnya dia mahukan perjuangan dan masa depan anak bangsa lebih baik dan terjamin dalam menabur bakti kepada bangsa dan negara.

Atas sebab itulah Kak Jijah Kaki Kipas mahu menyelamatkan negara Malaysia daripada Kerajaan Barisan Nasional. Kalau benar Kak Jijah kipas mahu menyelamatkan negara Malaysia daripada Kerajaan Barisan, Kak Jijah perlulah bermuhasabah diri. Lihatlah sekarang ini Pakatan Harapan lintang pukang seperti sekarang ini. Tiada logo, tiada ketua, tiada organisasi, tiada warna yang sama. Pakatan Harapan sudah hancur sebenar-benarnya Kak Jijah.

Kenapa kehancuran Pakatan Harapan berlaku? Kerana pemimpin-pemimpin dalam kalangan Pakatan Harapan gila kuasa hendak menjadi Perdana Menteri. Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri sementara sebelum diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Mahathir juga mahu menjadi Perdana Menteri Sementara sebelum diserahkan jawatan itu kepada Mukhriz.

Berhati-hati lah pembangkang jangan sampai dipatuk sebanyak dua kali, masing-masing berebut kuasa dan jawatan hendak menjadi Perdana Menteri. Manakala Pakatan Harapan yang diketuai oleh Kit Siang begitu memegang kuat dan melaung-laungkan kempen ''Selamatkan Malaysia'' menerusi Deklarasi Rakyat. Sedangkan Kit Siang hanya memperalatkan dan mempergunakan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan. Hakikat sebenarnya Kit Siang adalah Ketua dalam Pakatan Harapan.

Kempen Selamatkan Malaysia sebenarnya mempunyai agendanya yang tersendiri dan tidak selari dengan perjuangan reformasinya. Pakayan Harapan sekarang ini sangat longgar macam sekarang ini, pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan leboh senang dan mudah untuk menipu dan kecing antara satu sama lain. Malah pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan semuanya bermasalah, ada hati lagi Kak Jijah mahu melaung-laungkan kempen ''Selamatkan Malaysia''.

Kesimpulannya Kak Jijah kaki kipas hanya berpropaganda dengan melaung-laungkan Kempen ''Selamatkan Malaysia'' untuk mengaburi mata rakyat semata-mata. Lihatlah Pakatan Harapan sendiri huru hara ada hati lagi Kak Jijah Kaki Kipas mahu menegakkan Kempen ''Selamatkan Malaysia''. Pastikan kita tidak memilih dan mengundi Kerajaan Pembangkang. Hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu menjaga kebajikan dan hak rakyat.

Terima kasih kerana anda sudi masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila 'like' atau 'follow' halaman FB Malayan News.

Comments