ITU TIDAK ADIL, INI TIDAK ADIL! APA YANG ADIL BAGI DAP? ISU SKANDAL RASUAH & PEMBELIAN BANGLO LIM GUAN ENG PUN TAK ADIL! TERBARU ISU KEJADIAN TANAH RUNTUH JUGA DIKATAKAN TIDAK ADIL OLEH DAP!



Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dilihat kebelakangan ini mendapat kritikan hebat dari orang ramai berhubung dengan cara beliau mentadbir negeri Pulau Mutiara. Belum selesai dengan kes skandal rasuah dan pembelian banglo di bawah pasaran, kini timbul pula kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang.

Kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah memberi tamparan hebat buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng. Anggota Exco DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilihat sanggup mempertahankan 'bos' mereka Lim Guan Eng dengan mengatakan gesaan agar ketua menteri Pulau Pinang itu meletakkan jawatan kerana insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah 'adalah tidak adil'.

Seperti kebiasaan, DAP akan 'taichi' dan salahkan orang lain. Mereka tidak pernah dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka sendiri. Exco itu sebaliknya menyalahkan pihak pemaju projek yang gagal memantau projek tersebut. Kejadian yang berlaku pagi Sabtu itu berkaitan pengurusan tapak projek yang lemah dan bukannya pembangunan lereng bukit yang tidak sah atau isu-isu lain yang dibangkitkan oleh beberapa persatuan di Pulau Pinang.

Kumpulan-kumpulan itu menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat insiden itu dan mengancam untuk menarik sokongan kepada kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Mereka minta ketua menteri untuk letakkan jawatan kerana insiden di tapak projek. Namu itu, cara ini kata Chow adalah tidak adil. Menurut Chow lagi, jika kemalangan di tapak projek berlaku setiap hari di negara ini, adakah ini bermakna ramai menteri akan kehilangan kerja.

Persoalan buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah Exco DAP itu lupa bahawa kelulusan projek itu telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Siapa yang meluluskan projek itu? Semestinya ianya dari pihak Kerajaan Negeri juga. Adalah mustahil bagi Kerajaan Negeri untuk tidak tahu bahawa projek itu dibina di kawasan berdekatan dengan kuari. Oleh itu, Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri perlu lah bertanggungjawab ke atas kejadian yang telah menyebabkan 11 orang maut dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Comments