HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI TIDAK CAPAI SASARAN! APA SUDAH JADI? JAWAPANNYA MUDAH, RAKYAT TOLAK PERJUANGAN DR MAHATHIR & PAKATAN HARAPAN



Berapa sebenarnya kehadiran penyokong dan audien semasa Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi pada Sabtu lepas? 5 ribu? 10 ribu? 25 ribu? 50 ribu? Atau matlamat 100 ribu dicapai dengan jayanya?

Penganjur himpunan ini pula memberi anggaran sebanyak 25 ribu orang telah hadir membanjiri himpunan berkenaan manakala ramai di antara pengamal media sosial pula menyatakan perkara disebaliknya dengan menjelaskan bahawa himpunan itu hambar dan gagal.

Malah ramai yang memperlekeh jumlah kehadiran dalam perhimpunan tersebut. Ada yang mengatakan ia sebuah perhimpunan yang gagal dan ada juga yang membandingkannya dengan jumlah kehadiran di Himpunan Fastaqim di Terengganu, baru-baru ini.

Pelbagai alasan digunakan untuk menafikan sebab-sebab kehambaran program tersebut dan di antara sebab-sebab yang menyumbang ke arah itu adalah kerana pada hujung minggu bermulanya cuti sekolah sempena Deepavali di mana ramai yang balik kampung atau pergi bercuti, ada perlawanan bolasepak EPL antara Manchester United menentang Liverpool, program Hari Sukan Negara serta beberapa sebab yang lain lagi.

Tetapi, sebab paling utama mengapa kehadiran tidak begitu memberangsangkan ialah kerana rata-rata rakyat sudah muak dan tidak percaya kepada perjuangan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan. Rakyat sudah betul-betul faham dan masak perangai Dr Mahathir dan bijak berfikir.

Majoriti rakyat kini sedar perjuangan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan hanyalah akan mengundang malapetaka secara sengaja. Ianya seperti memasukkan ular sawa untuk menjaga keselamatan sereban ayam yang akhirnya akan menyusahkan orang ramai.

Perhimpunan tersebut juga berlangsung agak lama iaitu bermula jam 4 petang hingga 12 malam namun ianya tidak mampu menarik puluhan ribuan rakyat untuk hadir ke perhimpunan tersebut. Di waktu petangnya, jumlah kehadiran orang ramai sangat mendukacitakan.

Perhimpunan mega sebegini rupa sepatutnya mampu menarik lebih ramai orang untuk hadir. Jelas sekali, pihak penganjur gagal menganjurkan program perhimpunan ini dan memberi pelbagai alasan bagi menangkis kritikan-kritikan pedas terhadap kegagalan perhimpunan berkenaan.

Penganjur semestinya mendapat malu kerana kegagalan ini. Kapasiti padang yang mampu memuatkan kira-kira 40 ribu dalam satu-satu masa tidak dapat digunakan sepenuhnya. Banyak wang dan tenaga dibazirkan kepada satu perhimpunan mega yang tidak berjaya dan hambar. Ternyata ujian pertama Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan telah mencapai kegagalan dan Pakatan Harapan kini mula ditolak rakyat!

Comments