Di mana Rafizi Sotong ketika perhimpunan "Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi" anjuran Pakatan Harapan sabtu lepas? Ketika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan baik dari parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM menyibukkan diri mereka untuk hadir pada perhimpunan Kleptokrasi ini tapi di mana pula Rafizi ketika itu.
Ini kerana kelibat pemimpin kanan PKR dan Pengendali NGO INVOKE yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Sotong tidak menampakkan kelibatnya pada perhimpunan berkenaan. Apa sudah terjadi kepada Rafizi Sotong? Lori INVOKE rosak, Rafizi sedang merajuk, bosan dengan politik Pakatan Harapan, hanya mahu duduk di rumah atau kerana sebab-sebab tertentu yang mendorongnya untuk tidak pergi ke perhimpunan berkenaan.
Bukan sahaja tidak hadir perhimpunan tersebut, Rafizi Sotong juga tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Dia tidak memberi sebarang ceramah mahupun menjadi tukang promosi untuk perhimpunan tersebut. Sebagaimana kebiasaannya, Rafizi Sotong akan terlibat aktif dalam mana-mana perhimpunan mega Pakatan Harapan tapi kali ini dia tidak menyertainya. FB dan Twitternya turut senyap tentang perhimpunan ini.
Apa yang jelas tindakan ini hanya menampakkan kejanggalan dalam Pakatan Harapan. Rafizi Sotong seolah-olah memulaukan acara perhimpunan ini 100%. Mustahil bagi seorang ikon pemimpin utama PKR tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan sebegini melainkan ada faktor penyebab yang mendorongnya memulau perhimpunan tersebut.
Tidak dinafikan bahawa, mungkin puncanya kerana terdapat team kartel Azmin Ali yang memainkan peranan dalam perhimpunan tersebut antara seperti Nik Nazmi yang mendorong Rafizi Sotong tidak mahu hadir dalam perhimpunan itu. Rafizi Sotong, Invoke dan PKR kini sedang berpecah.
Kemelut-kemelut politik dalaman PKR makin jelas apabila Azmin Ali hanya datang pada waktu petang bagi memeriahkan perhimpunan tersebut sebaliknya Rafizi Sotong pula langsung tidak datang ke perhimpunan tersebut. Secara tidak langsung senario ini juga mengambarkan PKR kini dilanda badai perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpin atasannya. Jika tidak mengapa pula Rafizi Sotong berdiam diri pasal perhimpunan Kleptokrasi di Selangor. Fikir-fikirkan!
Comments
Post a Comment