Semua orang tahu di sebalik pergerakan politik yang dibawa oleh DAP, hakikatnya DAP adalah parti yang sebenarnya mempunyai agenda mahu merubah Malaysia menjadi negara sekular apabila menzahirkan sikap anti Islam dan menghalang urusan agama Islam sebaliknya DAP terus bersekutu dengan peranan dan doktrin politik oleh pihak Evangelis Kristian.
Kerjasama PAS dengan DAP sebelum ini adalah atas dasar tanggungjawab dan keterbukaan dakwah yang sesuai dengan peranan PAS yang membawa mesej Islam. Namun segala-galanya berubah sekarang ini apabila hubungan DAP dan PAS telah terputus kerana dari segi politik kerjasama PAS dan DAP sebenar-benarnya membawa kerugian kepada Islam.
DAP jelas menunjukkan sikap anti Islamnya dan rasis malah DAP pernah memberikan amaran kepada PAS kalau PAS mahu terus dengan Pakatan Harapan, PAS dilarang sama sekali bercakap soal perlaksanaan syariat, hudud, qisas, Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.
PAS sayangkan Islam dan untuk itu PAS memutuskan hubungannya dengan DAP. Sekarang ini PAS mengambil sikap bersendirian dan PAS mahu berjuang bersendirian tanpa sebarang kerjasama antara DAP dan Pakatan Harapan.
PAS dari dahulu lagi mengambil sikap yang boleh memberikan keuntungan Islam dan umatnya ke arah memperteguhkan kekuatan politik Islam. DAP sanggup melakukan apa sahaja antaranya DAP berusaha menguasai Singapura bersama-sama dengan parti PAP dan kemudiannya mereka meletakkan DAP di Malaysia sehinggakan pada saat ini DAP telah pun menguasai beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang. DAP berjaya merampas Pulau Pinang, manakala sekarang ini DAP cuba untuk merampas dan menakluk Kelantan.
Jadi orang Islam seharusnya sedar apa yang berlaku pada hari ini kita seharusnya mempertahankan kuasa politik kita orang Islam agar terus terpelihara dan terjaga. Kita semua tahu DAP banyak kerusi dalam Parlimen dan DAP kuasai sebuah negeri. Dalam Pakatan Harapan sendiri DAP adalah bos dan PAN hanyalah alat dan kuda tunggangan kepada DAP semata-mata. Apa sahaja yang DAP suruh buat, PAN dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan akan lakukan. Buktinya apa? Baru-baru ini bila Presiden PAS membentangkan RUU 355, bangkit beberapa orang ahli-ahli Parlimen daripada PH. Tidak ada seorang pun wakil PAN mahupun wakil Pakatan Harapan yang bangun dan seterusnya membantah dan membangkang segala apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin DAP.
DAP membantah usaha memperkasakan Islam dan terlibat mencampuri urusan agama Islam selain telah menimbulkan bermacam-macam dan pelbagai keraguan dan kekeliruan dalam masyarakat Islam di negara kita sebagaimana bantahan mereka terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.
“DAP yang hari ini memimpin PH mahu merubah negara kita menjadi sebuah negara sekular, ini perjuangan DAP. Tak menang memerintah negara lagi, DAP sudah isytihar nak ubah Malaysia menjadi negara sekular. Bayangkan kalau DAP boleh memerintah negara, kemudian orang-orang Islam seperti PAN, PKR berjaya diperalatkan oleh mereka, mereka yang akan menguasai. Ini apa yang berlaku di Pulau Pinang. Ini kebimbangan yang kita orang-orang Melayu Islam mesti sedar apa yang berlaku dalam negara kita.
Kesimpulannya kita sebagai umat Islam seharusnya sedar banyak lagi agenda-agenda DAP dan yang penting kita sebagai rakyat khususnya kita sebagai orang-orang Melayu Islam, kita kena sedar bahaya yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Yang penting kita selamatkan dengan secara Islam sahaja, cara lain sudah tidak berjaya. Cara lain gagal, yang tinggal hanyalah Islam.
Comments
Post a Comment