Pakatan Harapan menggunakan mahkamah persepsi untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terutamanya Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad demi mencapai kepentingan dan agenda politik mereka sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata menerusi 'mahkamah persepsi' pembangkang menggunakan taktik ugutan dengan cerita-cerita yang dipalsukan. Malah sebelum ini juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), pembangkang dalam kalangan Pakatan Harapan menggunakan 'mahkamah rakyat' dengan mengadakan perhimpunan haram serta mendakwa kononnya diri mereka teraniaya.
Pakatan Harapan masih kekal dengan sikap lapuk mereka iaitu hanya mahu menyalahkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dalam apa juga keadaan termasuklah dalam sebarang tindakan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap agensi kerajaan negeri pimpinan pembangkang.
Persoalannya adakah benar SPRM dikenakan tekanan politik untuk bertindak terhadap para pegawai kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan? Kalau benarlah perkara berkenaan, siapa pula yang mengenakan tekanan politik supaya Exco Kerajaan Negeri Johor Latif Bandi dan Veteran UMNO Isa Samad ditangkap? Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Harapan? Siapakah yang salah Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?
Ini sememangnya lumrah pihak Pakatan Harapan yang gemar menuding jari dan menyalahkan kepada SPRM apabila mereka sendiri mengamalkan budaya hidup rasuah. Pembangkang seperti Pakatan Harapan akan mencari jalan keluar dengan menyalahkan SPRM.
Antara pemimpin Pakatan Harapan yang tegar menuduh dan memfitnah SPRM seperti Nurul Izzah yang pernah dilaporkan membuat tuduhan dan dakwaan kononnya SPRM sengaja mengenakan pertuduhan terhadap ahli politik pembangkang dengan pertuduhan remeh temeh. Begitu juga dengan Azmin Ali yang kononnya mendakwa dirinya mempunyai cara dan pendekatan tersendiri untuk menangani gejala rasuah walaupun pada hakikatnya Selangor adalah satu-satunya negeri yang masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan kelihatan jelas memperlekehkan usaha SPRM dalam membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa. Rakyat tidak bodoh, rakyat sentiasa memerhatikan dan rakyat tahu segala usaha memperkecilkan usaha SPRM semuanya dilakukan oleh Pakatan Harapan semata-mata mahu memburukkan imej dan kredibiliti SPRM.
Kesimpulannya sekiranya kita mahu rasuah diperangi habis-habisan, kita perlu menyokong kuat tindakan dan ketegasan yang dilakukan oleh SPRM selama ini tanpa dipengaruhi dengan persepsi dan fitnah-fitnah yang cuba menyerang peribadi pemimpin dalam SPRM dengan cerita-cerita yang dipalsukan.
Terima kasih kerana anda sudi masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila 'like' atau 'follow' halaman FB Malayan News.
Comments
Post a Comment