DAKWAAN PEMBANGKANG KATA KERAJAAN GUNA GST BAYAR 1MDB SATU PEMBOHONGAN BESAR



Dakwaan pembangkang yang menyatakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperlukan kerajaan bagi membayar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu pembohongan besar yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut dengan turut menyatakan ia dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk kerajaan.

1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin.

Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.
Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini, diberi tajuk ‘Tiada lagi perjanjian pilih kasih’.

1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah berjaya membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan haji untuk para jemaah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan pihak Kerajaan telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.
Pelan rasionalisasi ke atas 1MDB juga berjaya dilaksanakan sekaligus menampakkan perkembangan positif syarikat tersebut yang kini berada di landasan yang betul.
Di samping itu juga, apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya, sekali gus akan menguburkan segala pembohongan pihak pembangkang bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, perumpamaan Melayu yang sesuai untuk mengambarkan 1MDB kini.

Comments