CERITA SEBENAR JANDA HOT NURUL IZZAH MENGENAI GST!



Selama ini apa yang diperkatakan oleh Najib sememangnya ada kebenaran bahawa Pakatan Harapan ini tidak ada langsung idea tetapi mereka ini Pakatan Harapan suka mengkritik segala apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Nurul Izzah ini sama seperti bapanya Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap sahaja. Kita semua tahu pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan hanya tahu membantah segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Selepas Nurul Izzah membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat pusingan U Turn tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan oleh pihak krajaan seolah-olah ia adalah daripada cadangan mereka sendiri.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan, kalau dulunya mana-mana pemimpin dalam Pakatan Harapan termasuklah Nurul Izzah bukan main lagi membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehinggakan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai berkenaan.

Masalahnya Nurul Izzah tidak pula mahu mengemukakan cadangan baru atau cukai baru bagi menggantikan GST. Tetapi baru-baru ini Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. Dulu Nurul Izzah kata Pakatan Harapan membantah GST untuk mengurangkan bebanan rakyat tetapi sekarang ini Nurul Izzah membuat kenyataan Pakatan Harapan akan kekalkan GST jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum.

Itu baru GST, lain-lain bantuan yang diberikan oleh kerajaan turut menjadi mainan dan serangan pembangkang yang kononnya Najib memberikan segala bantuan kepada rakyat hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian dan meraih sokongan pengundi.

Sikap Nurul Izzah ini sama sahaja dengan bapanya Anwar Ibrahim putar belit. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Sepatah kata daripada mulut Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan langsung tidak boleh dipercayai. Ini sahajalah yang mampu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan apatah lagi sekarang ini Pilihan Raya Umum semakin hampir, pemimpin dalam Pakatan Harapan akan melakukan apa sahaja termasuklah memfitnah, menuduh Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

Kesimpulannya Nurul Izzah dan pemimpin Pakatan Harapan lakukan semua ini semata-mata untuk menarik undian dan sokongan rakyat semata-mata. Kita janganlah mudah tertipu dan terpedaya dengan kata-kata Pakatan Harapan. Pastikan mengundi Kerajaan yang benar-benar menepati janji dan bukannya membuat janji-janji palsu sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Comments