Dalam entri terbaru suarapakatanharapan, Pemimpin DAP P. Pinang memberi amaran kepada semua pihak dalam BN dan UMNO termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) agar tidak terus menerus mempolitikkan kejadian tanah runtuh di Tg Bungah.
Malah pemimpin DAP negeri itu juga mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat. Malah mereka mahu rakyat memuji tindakan Kerajaan DAP kerana bertindak cepat.
Bila sudah terjadi bala bencana dan malapetaka ke atas negeri Pulau Pinang, barulah mereka merayu-rayu untuk tidak mempolitikkan isu tersebut.
Tapi mereka perlu sedar kejadian itu bukan sekadar insiden ditempat pembinaan dan aktiviti fenomena alam semulajadi semata-mata, insiden tersebut berpunca dari kecuaian manusia yang rakus untuk mendapatkan keuntungan dan nama seperti Ketua Menteri Pulau Pinang serta kontraktor yang dilantik. Mereka yang tidak mahu mengendahkan faktor keselamatan para pekerja.
Sudah jelas pada 2015 lagi Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah memberi maklumbalas terhadap permohonan kerajaan negeri yang tidak membenarkan sebarang pembinaan berlaku di kawasan berkenaan.
Walaupun ianya dibina di atas tanah yang rata, tapi tapak tersebut dibina dilereng-lereng bukit dan jaraknya juga berdekatan dengan kuari yang masih beroperasi.
Siapa yang membenarkan pembinaan tersebut diteruskan? bukankah Ketua Menteri Lim Guan Eng juga yang menjaga portfolio Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah di Pulau Pinang?
Lim Guan Eng patut dipersalahkan kerana memberi kebenaran kepada kontraktor untuk meneruskan projek pembinaan tersebut. Walaupun wujud suruhanjaya bebas bagi menyiasat kemalangan itu, ianya bukan cara DAP, Ketua Menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat untuk terlepas dari diambil tindakan undang-undang.
Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan hasil siasatan kepada umum agar rakyat tahu siapa yang bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Comments
Post a Comment