Taktik murahan yang digunakan Presiden parti PKR dengan cara menitiskan airmata kerana terkenang zaman susahnya adalah tidak menghairankan rakyat.
Bila mengenang kembali zaman kesusahan keluarga Wan Azizah ianya tidaklah sesusah mana pun. Anwar Ibrahim meninggalkan harta benda yang banyak untuk keluarganya.
Kekayaan tersebut cukup untuk tujuh keturunan Anwar makan minum serta pakai dan pada masa yang sama pelajaran anak-anaknya juga terjaga hingga ke menara gading.
Kekayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim semasa memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan parti membolehkan dia membolot harta kekayaan di dalam dan luar negara.
Tapi Anwar Ibrahim cerdik sikit dari Mentornya Mahathir. Anwar telah menukarkan segala bentuk aset kepada penama yang berlainan dari seluruh ahli keluarganya iaitu dari bapanya, abang-abangnya, isteri dan anak-anaknya.
Itu belum lagi diungkit harta yang diserahkan kepada kroni-kroninya seperti Azmin Ali, Rahim Gous dan rakan politikusnya yang lain. Pada satu masa Anwar dianggarkan mempunyai jumlah aset kekayaan sebanyak berbillion billion ringgit yang mana ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada waktu lalu.
Lihat link ini :
http://suarapemudapadangbesar.blogspot.my/…/kekayaan-anwar-…
Oleh itu, taktik berkempen yang dilakukan oleh Wan Azizah dengan merayu pengundi dengan cara menangis adalah tidak wajar dan sudah basi. Rakyat sebenarnya tahu apa yang tersirat di dalam hati Wan Azizah.
Partinya kini sedang mengalami masalah yang cukup serius dan dianggap sukar untuk dipertahankan bagi menghadapi PRU-14 akan datang. Cawangan Sabah dan Sarawak sudah lumpuh dan di semenanjung pula pemimpin serta barisan kepimpinannya pula berbalah sesama sendiri.
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan parti PKR yang hanya ditubuhkan untuk menegakkan agenda peribadi Anwar Ibrahim. Tiada satu pun perjuangan untuk membela rakyat di dalam PKR.
Malah agama kedudukan Islam dan hak-hak Melayu juga tidak pernah dibincangkan ke peringkat tertinggi. Masing-masing mempunyai perjuangan dan agenda peribadi untuk bergiat dalam politik tanahair.
Lim Kit Siang dan anaknya juga sudah menggunakan taktik menangis sebelum ini bagi meraih simpati pengundi semasa DAP diancam untuk diharamkan kerana melanggar peraturan RoS. Lim Guan Eng pula berpura-pura sedih semasa mengadakan lawatan ke rumah orang-orang tua.
PKR tunggu masa sahaja untuk rebah ke bumi.
Comments
Post a Comment