Selepas mendengar pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat lepas, Azmin Ali mula mengata macam-macam mengenai intipati Bajet tersebut. MB Selangor itu menuduh kerajaan meniru Bajet Kerajaan Selangor yang dibentangkan sebelum ini dan ideanya.
Yang paling tak best sekali dia claim semua perlaksanaan skim seperti ADAM50 dan projek takungan air di Selangor adalah datangnya dari ideanya dan dilakukan pada zaman dia menjadi Menteri Besar Selangor iaitu TAWAS dan HORAS.
Tapi hakikatnya Skim TAWAS dan HORAS tersebut telah dilaksanakan pada zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim lagi iaitu pada tahun 2009.
Kemudian Azmin Ali nak claim juga idea penghapusan lebuhraya Tol Batu 3 adalah datangnya dari desakan dan idea dari kerajaannya dan juga terkandung dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan.
Namun PH tidak pernah membentangkan bagaimana mekanisme mereka mahu menghapuskan kutipan tol di setiap lebuhraya dan bagaimana mereka mahu menyelesaikan bayaran melalui konsesi lebuhraya tersebut.
Azmin Ali dan YB calim kerajaan meniru program Brain Bank yang dilaksanakan di Selangor. Tapi bila meneliti semula kenyataan Dr Halimah di DUN Selangor bahawa Brain Bank Selangor akan dibentangkan dewan pada 2014.
Tapi pada hakikatnya kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan MyBrain15 sejak 3 Disember 2010 lagi. Agak-agak la kan.. siapa tiru siapa sekarang ni?
Bila dah kena kutuk dengan PM ke China untuk mencari pelabur dan dituduh mahu jual negara, Azmin Ali mula melatah. Tapi dia claim pula bahawasanya Pasaraya IKEA yang melabur di Selangor adalah atas usahanya juga.
Walau bagaimanapun perancangan membawa masuk IKEA ke Selangor adalah datangnya dari MB sebelum dia iaitu datangnya dari idea Dato Seri Khir Toyo.
Inilah sikap Azmin Ali (aiskrim) yang muka tak tahu malu. Dia sedar kedudukannya sedang terancam dan mungkin tidak akan menjadi MB lagi lepas PRU-14 nanti. Sebab tu dia meroyan claim macam-macam supaya menunjukkan dirinya bagus.
Azmin Ali sila rujuk kajian Sinar Harian mengenai kemungkinan kamu akan ditolak pengundi kamu.
Comments
Post a Comment