Bekas ahli pengasas PPBM, Anina Saaduddin memfailkan saman fitnah terhadap 6 ahli parti berkenaan kerana mendakwa dirinya menerima RM 7 juta daripada Najib dan UMNO. Anina mengambil tindakan sedemikian selepas keenam-enak mereka gagal mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik semula kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook.
Anina berkata lagi dia sudah pun melakukan proses dalaman seperti mengadu kepada Jawatankuasa Disiplin PPBM pada 2 Ogos 2017, tetapi setakat hari ini tiada sebarang siasatan dilakukan. Anina turut mempersoalkan kepimpinan tertinggi PPBM kerana tidak mengambil tindakan lebih awal berhubung pendedahan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman tentang ''Rangkaian Dedak Terancang'' sehingga menuduhnya menerima RM 7 juta.
Semua ini dilakukan oleh Syed Saddiq tidak lain tidak bukan untuk menutup kesalahan PPBM, malahan sekarang ini pun sudah ramai yang melompat keluar dari kapal PPBM ini. Dan selepas ini memang akan ramai lagi yang akan melompat apabila tahu kapal PPBM hendak karam. Yang tidak tahu kapalnya hendak karam hanyalah Mahathir sahaja. Ini kerana Mahathir sekarang ini sudah dilanda dengan sindrom dan penyakit yang sangat serius iaitu penyakit tidak tahu segala apa yang berlaku.
Hakikatnya kapal PPBM akan karam tidak lama lagi, sebab itu bermacam-macam isu ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin dalam kalangan PPBM.
Bermula dengan drama pergaduhan sesama sendiri. Memang pada awalnya PPBM nampak seolah macam bersatu - sebab itu perkataan 'bersatu' dipilih oleh 3M iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Namun, Bukan bersatu yang menjadi amalan dalam PPBM. Mereka bergaduh dan berebut tempat dalam kapal PPBM. Pergaduhan yang terbuka dan diketahui oleh ramai orang.
Apa boleh buat, inilah nasib yang menimpa parti yang dibuat secara tidak ikhlas dan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Agenda Melayu sudah tidak lagi keutamaan Mahathir dalam PPBM, Mahathir sendiri cakap dalam Dewan Perhimpunan Cina bersama sama pemimpin DAP bahawa Ketuanan Melayu tidak lagi penting.
Dalam kalangan parti yang ada dalam Pakatan Harapan, PPBM adalah parti yang lemah sekali. Paling sedikit kerusi dan paling sedikit ahli. PAN yang diketuai Mat Sabu lagi kuat dan ramai ahlinya dari PPBM. Oleh itu, Mahathir tidak layak mengaku dia sebagai “top dog” lagi dalam Pakatan Harapan.
Semua orang tahu ‘top dog’ sebenar adalah DAP. Mahathir dan PPBM hanyalah alat DAP sahaja untuk memancing undi orang Melayu pada PRU14. Itu sahaja tujuan PPBM dikekalkan dalam Pakatan Harapan. Lepas itu, bergaduh besarlah nanti parti parti yang ada dalam Pakatan Harapan. Masing masing gila kuasa dan gila jawatan.
Mahathir pula hanya tahu suatu benda sahaja, mahu jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Benda lain semua dia tidak tahu sekarang ini. Rugi sampai RM32 billion dia tidak tahu. Yang dia tahu adalah jadikan anaknya sebagai PM.
Parti PPBM yang baru berusia 59 kali Jumaat ini pun sudah hendak karam. Itu pun Mahathir tidak tahu. Padan muka, siapa suruh masuk parti yang hendak karam. Sekarang ini tenggelamlah bersama sama nakhoda yang tidak tahu itu sekali.
Comments
Post a Comment