1 JUTA RAKYAT SEPATUTNYA HADIR HIMPUNAN KLEPTOKRASI KATA PAS DENGAN NADA SINIS



Perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur, Petaling Jaya pada sabtu lepas, sepatutnya dihadiri 1 juta rakyat kerana dibuat dalam negeri yang menjadi pusat kepada pakatan itu. Walau bagaimanapun, hadiran yang hadir perhimpunan tersebut hambar dan kurang mendapat sambutan.

Perhimpunan itu bukan setakat membabitkan komponen parti dalam Pakatan Harapan, malah ia juga dibuat pada lokasi yang mudah diakses seperti terletak berdekatan dengan sistem pengangkutan LRT, jalan raya dan terletak di pusat bandaraya Petaling Jaya yang memudahkan akses orang ramai untuk hadir namun sasaran penganjur tidak tercapai.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi juga menjelaskan bahawa sepatutnya apabila himpunan seperti ini diadakan di negeri yang menjadi pusat kepada Pakatan Harapan, satu tempat yang ada akses begitu mudah, sama ada jalan raya dan maklumat, lebih ramai orang dijangka akan hadir namun tidak tahu kenapa ia tidak dicapai.

Lihat saja PAS buat Fastaqim (Himpunan Fastaqim 2.0) di satu lokasi yang orang kata tempat jin bertendang. Tempat yang jauh dari Kuala Lumpur dengan akses jalan raya yang kecil, di ceruk, sangat tidak strategik dan tidak perlu bayar ahli PAS untuk hadir ke perhimpunan tersebut. Apa yang dilakukan PAS hanya mengumumkannya saja dan yang menggerakkan adalah media sosial dan ahli PAS sendiri.

Itu adalah sambutan rakyat kepada PAS dan Pakatan Harapan. Kalau PAS hanya bersendirian dan mampu mendapat sambutan 200, 000 orang, sepatutnya Himpunan Kleptokrasi anjuran Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan boleh mencecah 1 juta orang dan paling tidak 500,000 orang. Namun yang demikian, itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan yang mula disisihkan dan diabaikan kerana telah lari dari perjuangan mereka.

Matlamat perhimpunan itu adalah untuk menyatakan kebencian terhadap Perdana Menteri tetapi mereka lupa himpunan ini diketuai oleh bekas Perdana Menteri yang umum memiliki banyak rekod lampau yang sangat buruk antaranya skandal Forex dan bermacam-macam lagi. Maka tidak mustahil lah perhimpunan seumpama ini tidak mendapat sambutan dan terus hambar!

Comments