YINGLUCK SINAWATRA SELEWENG 8 BILLION BATH KENA PENJARA 5 TAHUN, BNM HILANG RM32 BILLION CAKAP TIDAK TAHU SAHAJA!!



Pada 27 Sept 2017 yang lalu, Mahkamah Agung Thailand menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra selepas didapati bersalah atas tuduhan kecuaian berkaitan skim subsidi beras.

Nilai penyelewengan tersebut berjumlah 8 billion Bath bersamaan dengan RM9.6 billion dan jumlah itu cukup besar bagi seseorang pemimpin negara untuk menggelapkan wang rakyat.

Yingluck kini dikatakan melarikan diri keluar negara sama seperti abangnya Thaksin Sinawatra yang juga kini berada di luar negara kerana menghadapi pelbagai tuduhan rasuah.

Walaupun hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Agung Thailand agak tidak memadai namun cukup untuk memberi pengajaran kepada kepimpinan Thailand bahawa wang rakyat tidak boleh diseleweng dan dibelanjakan sesuka hati.

Namun jumlah wang yang diseleweng oleh Yingluck terlalu kecil jika dibandingkan dengan kerugian dan kehilangan wang Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM32 billion pada zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Apabila siasatan dibuka semula dengan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal kerugian Forex tersebut, mereka yang terlibat hanya memberi jawapan yang mudah dihadapan panel penyiasat dengan memaklumkan mereka tidak tahu dan terlepas pandang.

Hanya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sahaja yang berani mengaku dan bertanggungjawab dengan tindakannya semasa menjadi penasihat kewangan pada Bank Negara. Manakala individu yang menjadi suspek penyiasatan RCI tersebut tidak memberikan kerjasama sepenuhnya walaupun skandal tersebut berlaku pada zaman mereka menyandang jawatan penting dalam kerajaan.

Akahirnya mereka tidak diambil sebarang tindakan kerana segala penyata keluar masuk wang yang dilaburkan sebanyak RM32 billion langsung tidak direkodkan oleh mana-mana kakitangan BNM.

Mereka yang terlibat tidak dikenakan hukuman dan segala harta kekayaan yang dimiliki mereka selama berpuluh-puluh tahun memegang jawatan penting dalam kerajaan dapat diselamatkan.

Diharap selepas ini tindakan mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas wang rakyat menerima hukuman yang setimpal.

Comments