WAJAH BARU M.A.S BERMULA PADA 1 JUL 2015 DI BAWAH DASAR PELABURAN BUKAN BAIL OUT ATAU LANGKAH MAHU SELAMATKAN MAS



MAS tidak terlepas dari menanggung hutang yang besar apabila dasar penswastaan telah diperkenalkan pada tahun 1983. Ada fakta yang boleh dipercayai MAS mengalami kerugian RM1 juta sehari akibat tidak dapat menampung kos pengoperasiannya.

MAS telah diswastakan dan pada masa yang sama MAS juga terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit. Banyak pihak mungkin sudah lupa bail out berharga hampir RM1.8 bilion pada 2001 dahulu.

MAS ditinggalkan dengan beban hutang hampir RM10 bilion. Faktor hutang itulah yang menyebabkan MAS sampai sekarang tak mampu pulih.

Itulah hakikat penswastaan yang dilaksanakan Mahathir. Walaupun mendapat suntikan modal dari kerajaan namun ianya masih belum cukup untuk memulihkan syarikat tersebut.

Pembelian semula oleh kerajaan boleh disifatkan sebagai langkah perlu untuk 'menyelamat' kakitangan yang terbabit di dalam MAS.

Jika kerajaan menutup syarikat-syarikat tersebut, berpuluh-puluh ribu akan kehilangan mata pencarian dan sekali gus akan mencetuskan pula masalah sosial, kenaikan kadar pengangguran dan inflasi.

Sekiranya ada segelintir yang dibuang atau diberhentikan, tindakan itu adalah terpaksa demi survival MAS di masa hadapan.

Demi menjaga maruah syarikat penerbangan negara yang diusahakan oleh ayahanda Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, beliau bertekad untuk memulihkan syarikat tersebut dengan melaksanakan beberapa tindakan penyelamatan yang boleh membawa keuntungan kepada MAS.

Hakikatnya syarikat MAS yang lama akan dikenang sebagai sejarah apabila MAS yang baharu akan dilahirkan pada 1 Julai 2015.

Pemergian rombongan Perdana Menteri ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump telah membawa lembaran baru kepada usaha pemulihan MAS. Malaysia Airlines dan Boeing telah memeterai MoU untuk membeli sebanyak 16 pesawat bagi kegunaan MAS.

Pengumuman itu termasuk lapan 787-9 Dreamliners dengan mengubah tempahan lapan pesawat Boeing 737 MAX Malaysia Airlines yang sedia ada serta tambahan lapan hak pembelian 737 MAX 8s, selain perkhidmatan Global Fleet Care Boeing bagi mengurus kumpulan pesawat syarikat penerbangan itu yang sedia ada dan pesawat Boeing yang akan datang.

Ini menunjukkan usaha yang berterusan Perdana Menteri untuk memulihkan MAS dan melabur sejumlah wang bernilai RM6 bilion yang merupakan langkah paling drastik dalam sejarah perniagaan negara ini.

Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: "Ini adalah pelaburan, bukan bail out (langkah menyelamat), bukan selamatkan (MAS)."

Apa yang penting Perdana Menteri mahu pemulihan besar-besaran MAS secara menyeluruh ini perlu dipastikan berjaya bagi mengelak pembaziran wang rakyat

Comments