TUN M GUNA ALASAN TERIKAT DENGAN PDA 1974 PUNCA SARAWAK MUNDUR, WALAUPUN DIA ADA MANDAT 2/3 DI PARLIMEN



Kehadiran Tun M ke Sarawak kononnya untuk New Deal dengan rakyat Sarawak dan Sabah dan rombongannya diketuai oleh DAP dan Lim Kit Siang. Manakala kehadiran yang dengar ceramah janji kosong Pakatan DAP itu sekitar 2k dan majoritinya adalah berketurunan Cina.

Tapi sebenarnya kehadiran Tun M ke sana adalah bertujuan untuk menutup malu atau pekungnya selama 22 tahun memerintah.

Sepanjang pemerintahannya Tun M kurang ambil tahu mengenai Sarawak dan tugas tersebut diberi sepenuhnya pada kerajaan negeri untuk memerintah.

Tapi sebenarnya Tun M terlepas pandang untuk memajukan negeri Sarawak yang telah menjadi sebahagian Malaysia sejak 16 Sept 1963. Kalau Tun M iktiraf Sarawak dan Sabah sudah tentu diberinya cuti umum setiap kali tarikh 16 Sept setiap tahun.

Kalau diberinya lebuhraya seperti zaman pemerintahan Dato Seri Najib, sudah tentu perjalanan ekonomi Sabah dan Sarawak pada masa ini lebih maju dari Selangor.

Jika diberi kenaikan sedikit jumlah royalti minyak kepada Sarawak mungkin pada masa ini pembangunan dan kemajuan yang dikecapi mereka tidak jauh bezanya dari apa yang dikecapi oleh rakyat di semenanjung Malaysia.

Tun M bangga dapat berucap dengan penyokong DAP kerana dia beranggapan kaum itu adalah majoriti di sana. Sekiranya Tun M kuat, berucaplah di hadapan kaum Peribumi di sana. PPBM kan memperjuangkan hak-hak PERIBUMI???

Dilaporkan ucapan Tun M dan beberapa pemimpin yang turut berucap pada malam itu mengulangi ucapan yang penuh auta dan temberang mereka selama ini.

Tun M memberi alasan terikat dengan PDA Act 1974 mengenai isu pemberian royalti dan bantuan ke Sarawak. Apa yang pelik selama 22 tahun perintah dengan kerusi 2/3 di parlimen, adakah sesuatu rombakan dan pindaan akta tidak boleh dilakukan?

Sebenarnya Tun M dan kerajaan tidak perlu terikat pada Akta, kerana Akta tersebut tidak penting dan tidak mempunyai kaitan sekiranya kerajaan pusat mahu memberi peruntukan lebih kepada Sabah dan Sarawak.

Kerajaan boleh pada setiap tahun melalui bajet tahunan memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pembangunan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. Perkara ini sebenarnya tidak tertakluk kepada PDA 1974.

Dato Seri Najib adalah pemimpin terbaik untuk merealisasikan kemajuan dan pembangunan kepada rakyat Sabah dan Sarawak dengan menyediakan peruntukkan besar untuk mereka. Bagi projek lebuhraya Pan Borneo, Sibu-Kapit-Kenawit dan pelbagai projek lain.

Baru-baru ini juga Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan syarikat minyaknya sendiri untuk mengambil bahagian dalam kegiatan penerokaan minyak dan gas di perairan Sarawak.

Ini adalah kejayaan daripada hasil kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat dan Petronas. Manakala keuntungan hasil dari petroleum ini akan kembali kepada rakyat Sarawak juga akhirnya.

Comments