Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan pemimpin DAP seperti Teresa Kok agar jangan bersikap biadab dengan mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah membatalkan program Better Beer Festival 2017 (BBF17).
DAP bertindak keterlaluan disebabkan hanya ingin untuk menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan hak orang bukan Islam terutamanya kaum Cina semata-mata. Pemimpin dalam kalangan DAP mendakwa kononnya Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa sahaja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang dan peraturan negara. Bijak pandai pula pemimpin DAP berkata-kata bahawa negara ini mengamalkan demokrasi tetapi pasal hal ibadah orang Islam, DAP sibuk mahu campur tangan.
Apabila orang Islam mahu menjalankan undang-undang Islam kepada orang Islam sahaja, kenapa orang bukan Islam menggila sehinggakan mahu menentang orang Islam habis-habisan? Kenapa DAP menentang habis-habisan apabila Islam mahu dilaksanakan di negara ini?
Tetapi apabila bercakap pasal soal arak ini, kita perlu tahu soal arak bukannya soal agama semata-mata bahkan ini juga melibatkan masyarakat. Kita fikirkan semula berapa banyak kejadian yang berlaku sehingga memudaratkan dan membahayakan kesan dan akibat daripada kemabukan arak.
Bermacam-macam perkara dan kejadian yang berlaku kesan daripada kemabukan arak ini antaranya kemalangan dalam keadaan mabuk, bergaduh dalam keadaan mabuk, memusnahkan harta awam yang disebabkan mabuk. Tidak ada langsung kebaikan arak ini, selain ianya hanya membawa keuntungan kepada pengeluar semata-mata.
Kita cuba bayangkan bagaimana orang-orang Islam yang terlibat dalam acara minuman Beer ini yang meluluskan adalah penguatkuasaan dan yang memastikan acara ini berjalan lancar apatah lagi pelayan-pelayan yang menyajikan arak tersebut semuanya akan terpalit dengan dosa-dosa. Sedangkan ianya sudah pun tercatat dan tertulis dalam Al-Quran, arak adalah ibu segala maksiat. Dan bagi pihak DAP belum lagi mereka memerintah mereka sudah mahu membuat sesuka hati tanpa mengambil kira sensitiviti majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Kalau DAP memerintah negara, sudah pasti negara kita akan menjadi pusat arak dan ibu segala maksiat. Jadi apa lagi yang kita mahu harapkan dari parti DAP ini, adakah kita mahukan pemimpin yang hanya mahu menjaga perut semata-mata tanpa mempedulikan soal akhlak dan akidah. Adakah ekonomi sahaja yang penting dalam hidup kita pada hari ini tanpa mengambil kira soal kemasyarakatan dan kekeluargaan?
Kesimpulannya kafir-kafir harbi laknatullah DAP seperti Teresa Kok ini seolah-olah menguji dan mencabar kesabaran dan toleransi kita. Pastikan kita menumbang dan menumpaskan DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Comments
Post a Comment