TAN SRI MUHAMMAD MUHAMAD TAIB - PERJUANGAN PEMBANGKANG SIA-SIA



Tan Sri Muhammad Taib berkata pembangkang tidak pernah mempedulikan untuk memperjuangkan agenda dan kepentingan orang Melayu dan inilah penyebab yang membuatkan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib mahu kembali menyertai UMNO. Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata keadaan itulah yang menyebabkan beliau merasakan perjuangan bersama pembangkang khususnya PKR sejak kira-kira lima tahun yang lalu menjadi sia-sia dan tidak ada sebarang hasil dan keuntungan langsung.

Pembangkang di negara ini sama sekali tidak mempunyai agenda yang positif serta tidak boleh dijadikan sandaran oleh kita semua bagi menjamin masa depan negara yang lebih maju dan makmur. Malah parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang hanya pandai dan bijak menyerang dan mengkritik Najib dan Kerajaan Barisan Nasional walaupun kritikan mereka selalu tidak masuk akal, tidak waras dan langsung tidak rasional.

Sebagai contoh, dalam situasi apabila harga minyak petrol naik yang sebenarnya disebabkan oleh harga minyak di pasaran antarabangsa naik, pembangkang akan menuduh dan memfitnah Najib yang menaikkan harga minyak di pasaran, akhirnya Najib juga yang dipersalahkan dan menjadi mangsa pembangkang. Tetapi apabila harga minyak turun pembangkang akan berkata harga pasaran antarabangsa turun dan ini sebenarnya tidak adil sama sekali buat Najib.

Sama juga apabila Kerajaan membawa pelabur China melabur di negara ini pembangkang menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional menjual kedaulatan negara tetapi apabila kerajaan mengambil keputusan membatalkan perjanjian pelaburan itu, pembangkang akan mempertikaikannya pula.

Kita tidak boleh meletakkan harapan kepada parti dan kepimpinan pembangkang kerana perjuangan politik pembangkang hanyalah demi kepentingan politik dan agenda peribadi masing-masing dan bukannya untuk masa depan kita dan negara pada masa hadapan. Kalau kita fikir-fikirkan parti pembangkang tidak akan boleh menubuhkan kerajaan yang stabil memandangkan Parti Keadilan Rakyat berfikir cara lain, DAP fikir lain, Mahathir fikir cara lain, Wan Azizah fikir lain, Muhyiddin berfikir cara lain, Shafie Apdal berfikir cara lain, masing-masing ada pemikiran, pandangan dan pendapat yang berlainan.

Pemimpin-pemimpin pembangkang terlalu banyak kenyataan, hari ini mereka akan cakap lain, esok atau lusa mereka akan cakap lain, lebih senang cakap mereka ini pembangkang pakar U-turn. Pembangkang akan cuba menipu dan memperdayakan kita semua dengan menjanjikan janji-janji palsu dan penuh dengan tipu daya.

Kesimpulannya kita semua perlu bersama UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan kesatuan supaya kedudukan politik terus dipertahankan dan stabil sepanjang masa. Perpecahan antara kita semua akan membuka ruang dan peluang kepada pembangkang untuk cuba menangguk di air keruh.

Comments