TAK CUKUP DAP HANCURKAN HUBUNGAN PAS DI SELANGOR KINI MEREKA MAHU PENGUASAAN PAS DI KELANTAN PULA




Heboh pada masa ini yang mengatakan DAP meminta peruntukan kerusi DUN Kelantan untuk membolehkan calon mereka bertanding di sana.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menyatakan bahawa DAP memang ada memohon untuk bertanding di kerusi DUN.

Bagaimanapun rundingan mengenai pembahagian kerusi dibuat di peringkat Pusat dan tidak melibatkan negeri. Walau bagaimanapun DAP tidak meminta kerusi peringkat Parlimen di Kelantan.
Difahamkan DAP mungkin akan bertanding di dua kerusi DUN iaitu Kota Lama, Kota Bharu dan Galas, Gua Musang.

Namun begitu, apa yang menjadi persoalannya kini siapakah calon-calon DAP yang akan diturunkan dalam pertandingan 3 penjuru tersebut?

Besar kemungkinan calon Melayu Islam yang mempunyai latarbelakang agama bakal dicalonkan bagi mewakili parti chauvinist itu.

Mungkin juga DAP akan mencalonkan golongan pelapis muda yang telah diindoktrinasi minda mereka kepada ideologi perjuangan Sosialis melalui pusat asuhan minda SEKOLAH DEMOKRASI.

Jika mereka mahu mencalonkan muka-muka lama yang ada di arena politik Malaysia buat masa ini, sudah tentu nama-nama Mohd Sabu, Husam Musa dan mereka yang bernaung di bawah Parti Amanah Negara (PAN) dicalonkan dengan menggunakan tiket DAP.

Ini semua tidak mustahil kerana PAN yang kita tahu walaupun mereka parti baharu yang ditubuhkan oleh DAP untuk menggantikan PAS, sambutan pada parti celup Islam itu dikatakan mempunyai sambutan yang hambar.

Dianggar hanya 1% yang menjadi ahli dan menurut kajian penganalisis politik, mereka juga akan kalah teruk jika terus bertanding menggunakan tiket PAN.

Walau bagaimanapun, PAS menuduh DAP mahu memberi laluan mudah kepada UMNO/BN untuk merampas Kelantan.

Malah ada juga sesetengah pemimpin PAS mendakwa DAP bukan mahu melawan Umno di Kelantan tetapi DAP mahu melaksanakan misi membalas dendam mereka terhadap PAS kerana telah membatalkan Tahaluf Siyasi ketika bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kita tunggu siapakah BARUA yang bakal dicalonkan DAP dalam PRU bagi merebut kerusi DUN di Kelantan itu nanti. Ingatlah DAP hanya mahu memecah belahkan Melayu dan umat Islam.

DAP juga dilihat bergiat aktif dan berani menonjolkan watak mereka yang sebenar dengan mahu mendominasi politik tanahair.

Comments