SINDROM TAK TAHU DAN TERLEPAS PANDANG TUN M MENJADI-JADI SELEPAS 22 TAHUN MENTADBIR NEGARA?



Wajarkah seorang negarawan hanya menafikan dengan sekadar ungkapan TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG dengan segala yang berlaku semasa 22 tahun pentadbirannya?

Ungkapan tersebut diluahkan dihadapan pegawai yang menyiasat skandal kerugian pelaburan Forex yang berlaku pada 1980an.

Namun, Tun Mahathir tidak sepatutnya menolak dan sekadar tidak mahu ambil tahu tentang tindakannya dengan skandal lain yang melibatkan beliau.

Mungkin RCI Mini juga boleh ditubuhkan bagi menyiasat setiap isu yang menjadi perhatian rakyat sehingga kini melibatkan Tun Mahathir. Ini RCI Mini ini lebih kurang sama sebagaimana tuntutan DAP terhadap skandal Beg berisi wang melibatkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib di Australia yang berlaku pada 1990an.

RCI Mini mungkin boleh menyiasat isu berkenaan...............

👉 Bailout Bank Bumiputera 4 kali - Rugi RM10.4 billion.

👉 Perwaja Steel - Rugi RM10 billion.

👉 Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - Rugi RM200 juta.

👉 Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - Rugi RM1.7 billion.

👉 Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton - Rugi RM1 billion.

👉 Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.

👉 Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - Rugi RM3.3 billion.

👉 Bailout LRT PUTRA dan STAR - Rugi RM6 billion.

👉 Bailout Renong/UEM - Rugi RM12 billion.

👉 Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - Rugi RM950 juta.

👉 Hutang tertunggak InventQjaya - Rugi RM228 juta

👉 Pampasan Jambatan Bengkok - Rugi RM257 juta

👉 Pampasan pembatalan Broga Incinerator - Rugi RM500 juta

👉 Kerugian membeli saham Agusta - Rugi RM510 juta

👉 Skandal Port Klang Free Zone - Rugi RM4.6 bilion

👉 Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - Rugi RM6.75 bilion

Sebahagian kerugian menggunakan DUIT RAKYAT yang Tun Mahathir Terlepas Pandang Atau Tak Tahu?

Comments