SIAPA PEMECAH ORANG MELAYU?



Parti mana yang pemecah orang Melayu? UMNO atau PAS atau Amanah atau PPBM ataupun PKR? Sebenarnya Melayu paling teruk berpecah semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kewujudan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti PAS sebagai punca perpecahan Melayu sebagai 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Perlu diingatkan bahawa semasa zaman Mahathir dulu pun sudah ada perpecahan berlaku.

Bukan setakat Melayu berpecah, UMNO asal pun hancur, tiga timbalan PM dan Timbalan Presiden terpelanting. Malah zaman Mahathir juga menyebabkan kewujudan zaman reformasi sehingga tertubuhnya parti PKR yang diketuai Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan mendakwa kedegilan PAS untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam menakluki Putrajaya dilihat menjadi punca umat Islam berpecah. Menurut Mahathir, PAS tidak menyumbang apa-apa pada negara selain daripada memecah-belahkan orang Melayu Islam.

Mahathir buat pusingan 'u turn' apabila sudah masuk pembangkang. Demi cita-cita politiknya, Mahathir lupa diri dan sanggup pakai tag 'Free Anwar'! Persoalannya di sini siapa punca kepada permasalahan ini. Siapa yang aib Anwar? Siapa yang menyumbatkan Anwar dalam penjara?

Pergolakkan politik yang terhasil dalam negara adalah hasil tangan Mahathir sendiri dan bukan orang lain. Mahathir perlu sedar bahawa hasil kerja tangannya selama 22 tahun sebenarnya membawa perpecahan kepada melayu.

Ini ditambah lagi dengan tindakannya menyertai Pakatan Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan dan situasi politik Melayu. Yang untung parti DAP parti cauvinis yang menanti dengan debaran untuk melihat kehancuran orang-orang Melayu.

Comments