SIAPA LEBIH SAMPAH? YANG MASIH KEKAL DALAM PPBM ATAU MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN PPBM



Selepas beberapa pemimpin sayap dan ahli-ahli di peringkat negeri meninggalkan PartiPribumiBersatu Malaysia (PPBM) kerana hilang kepercayaan pada parti yang sudah lari dari objektif perjuanganasalnya.

Kronisme, pilih kasih dan agenda peribadi jadi keutamaan segelintir besar pemimpin-pemimpin dalam parti ini menyebabkan ramai pemimpin utama parti dan ahlinya memilih untuk keluar parti.

PPBM bukan saja menerima tamparan dengan ketiadaan Datuk Ezam Mohd Noor yang memilih keluar dari parti itu dalam masa yang singkat tidak sampai 3 bulan dan paling mengejutkan terbaru membabitkan pengasas parti PPBM Anina Saaduddin dan juga NaibPresiden PPBM, Datuk Hamidah Othman yang turut memilih untuk keluar parti.

Ini tidak termasuk tindakan keluar beramai-ramai ahli parti PPBM sebelum ini yang sudah tidak menaruh kepercayaan kepada parti itu seperti di Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan sebagainya.Mereka kecewa dengan PPBM yang hanya indah khabar dari rupa!

Tindakan TunDr Mahathir Mohamad menggelar 'sampah' kepada mereka yang meninggalkan PPBM dipercayai dibuat dalam satu ceramah bersama penyokongnya di Bukit Merah, Perak pada 22 September lalu.

Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak, Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM sebagai 'sampah'. Sindiran Tun Mahathir itu berbunyi, “Kita…sampah-sampah yang tak elok kita sapulah keluar.Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih.”

Mungkin di Malaysia hanya Tun Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah serta bukan individu yang dikategorikan sebagai sampah.

Dr Mahathir sebenarnya tidak tahu bahawa perjuangan PPBM sudah tersasar jauh dari landasannya demi kepentingan sesetengah individu sahaja.PPBM sebenarnya kini ibarat sampah bagi mereka yang sudah tidak percaya pada parti itu lagi.

Adakah mungkin benar yang keluar itu sampah atau yang tinggal itu sampah? Hakikatnya, pemimpin-pemimpin yang tinggal sebenarnya adalah sampah paling kotor yang cuma mahu mengejar agenda peribadi masing-masing.

Perjuangan mereka yang masih bersama PPBM itu adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar PPBM adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan, lebih kepada agenda peribadi semata-mata dan mereka ini hanya pandai memecah belahkan bangsa.

Realitinya perjuangan PPBM yang konon-kononnya satu perjuangan membela rakyat hanyalah satu ilusi PPBM untuk mengaburi rakyat.Perjuangan PPBM sebenarnya perjuangan SAMPAH yang perlu dibersihkan dari negara ini oleh rakyat di negara ini.Bersihkanlah negara ini daripada sampah-sampah politik yang dibawa Dr Mahathir dan PPBM demi untuk kesejahteraan semua.

Comments