Pemimpin pembangkang seperti Shafie Apdal kalau berjumpa dengan orang Sabah, berbuih mulut berpidato dengan pelbagai tohmahan, cemuhan dan cacian serta dakwaan kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Shafie Apdal akan berhujah macam-macam, membuat janji bulan dan bintang, tetapi berusaha keras menafikan tujuan sebenar mereka yang pada hakikatnya Shafie Apdal hanya mahukan jawatan, pengaruh dan kuasa semata-mata.
Jawatan Ketua Menteri, menteri, setiausaha politik, pengerusi syarikat-syarikat kerajaan semuanya pembangkang mahukan apabila mereka sudah ada kedudukan, jawatan, pangkat dan pengaruh pembangkang akan mengaut segala projek-projek kerajaan. Itu sahajalah tujuan dan matlamat mereka selama ini dan bukannya menjaga hak dan kebajikan orang Sabah.
Bukti jelas kita dapat melihat semasa Shafie Apdal semasa ada jawatan dan pangkat, wang untuk rakyat pun mereka kaut sekali sehinggakan segala kemudahan dan kebajikan orang Sabah diabaikan dengan begitu sahaja. Contohnya SPRM pernah bertindak menangkap beberapa pegawai Jabatan Air Sabah maka terbongkarlah skandal penyalahgunaan dana KKLW sebanyak RM 3.3 bilion semasa Shafie Apdal menjadi menteri.
Jadi dengan melihat keadaan ini bagaimana orang Sabah mahu menyokong pemimpin yang hanya mahu jawatan Ketua Menteri sedangkan pemimpin itu ada kudis. Untuk orang Sabah mereka sepatutnya sedar dari dulu lagi pemimpin politik hanya mahu jawatan, pangkat dan kuasa semata-mata akan tetapi apabila ianya melibatkan masalah orang Sabah tidak ada sebarang penambahbaikan mahupun penyelesaian masalah yang diambil oleh Shadie Apdal, bahkan keadaan semakin buruk jika pemimpin politik seperti Shafie Apdal sudah mempunyai kudis.
Berlainan dengan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal dan penuh dengan amanah menyediakan pelbagai ruang dan peluang pendidikan kepada orang Sabah termasuklah ke arah pembangunan modal insan. Pendidikan juga sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Barisan Nasional dan sebab itulah pelbagai medium bantuan termasuklah biasiswa pendidikan disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan.
Apa yang dikesali dan mengecewakan apabila berkaitan dengan dana persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, Kerajaan Negeri tidak mengetahui ke mana perginya wang berkenaan dibelanjakan kerana menteri yang menjaga KKLW untuk tahun 2010 – 2015 tidak pernah memberi tahu kerajaan negeri apatah lagi mahu berbincang.
Kesimpulannya bagaimana orang Sabah boleh menyokong pemimpin yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah sedangkan pemimpin itu sama sekali tidak pernah pun membela keperluan dan kebajikan orang Sabah. Pastikan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, orang Sabah menumbangkan Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah dan mengundi Kerajaan Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment