Sepanjang 22 tahun Mahathir duduk dikerusi Ketua Kerajaan tiada sepatah cadangan sama ada dalam parlimen mahu pun dipentas ceramah supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di semak semula .
Dia nak tipu siapa sebenarnya? Sedangkan sebelum beliau jadi Perdana Menteri, Sarawak dan Sabah adalah negeri dalam Malaysia bukanya dibawah taklukan negara asing.
Malah pada waktu Mahathir,beliau tidak mengambil tahu secara mendalam mengenai masalah rakyat pendalaman Sarawak dan Sabah.
Mahathir bukan jadi Perdana Menteri negara ini selama empat tahun sebaliknya bermula sejak 1981 hingga 2003. Kenapa pada masa itu tidak bersuara? Apakah Mahathir cuba memberi tahu rakyat Sarawak dan Sabah tertindas di bawah kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
Mahathir boleh sahaja dengan mudah membatalkan Akta Pembangunan Petroleum 1974, salah satu halangan terbesar dalam hubungan Sarawak dan Sabah dengan Malaysia jika dia mahu ketika dia menjadi perdana menteri,tetapi dia melalak zaman Najib jadi perdana menteri.Kenapa?
Posted by - Khalish Fatin
Comments
Post a Comment