Kenyataan terbaru Zaid Ibrahim yang mengaitkan konsep poligami dengan penentangan terhadap pesta arak adalah sangat mengejutkan.
Zaid Ibrahim seolah-olah tidak tahu halal dan haram dan hanya berpegang kepada ilmu agamanya yang cetek. Pendapat yand dilontarkan hanya mengikut logik akal dan mengikut hawa nafsu semata-mata.
Bantahan yang dilakukan seluruh umat Islam di Malaysia ini adalah mengenai pesta arak yang dikaitkan dengan festival arak yang mempunyai kaitan dengan sambutannya di negara German yang menyambutnya pada setiap bulan Oktober pada tiap tahun.
Pesta itu bukan sahaja dipromosi melalui iklan secara terbuka, malah dihebahkan bakal menyediakan hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat dari 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung.
Zaid berkata; “Yang bantah pesta ini kumpulan yang sama. Mereka tak mahu pesta, hiburan, tak mahu nyanyian.
“Isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik,” kata Zaid di dalam Facebooknya.
Itu kenyataan paling bodoh daripada seorang bekas menteri yang faham undang-undang namun meletakkan kewarasan dan kecerdikan dirinya sama taraf dengan kanak-kanak yang belum akil baligh.
Zaid yang sebelum ini banyak memberi kupasan kontroversi mengenai isu LGBT, MURTAD, RUU355 dan isu sosial serta agama yang lain, dilihat semakin menjadi-jadi apabila dirinya bergabung menyertai DAP.
Selepas Zaid Ibrahim, MB Selangor, Azmin Ali pula yang mempelawa pesta tersebut dibawa ke Selangor dengan mengenakan beberapa syarat.
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), kemungkinan besar pesta arak tersebut akan diadakan di sana dan hanya ditukar namanya. Penukaran nama pesta tersebut agar tiada kaitan dengan sambutan di German.
Tapi pada hakikatnya mabuk akibat meminum arak dan dosa mereka yang menghalalkan perkara tersebut tetap sama.
Comments
Post a Comment