SELEPAS PESTA ARAK KALI INI MEREKA MAHU PESTA TARIAN GAY TERBESAR DUNIA DI KUALA LUMPUR SEPTEMBER INI



Selepas Big Gay Iftar berjaya diadakan pada bulan Ramadhan lepas, kini acara pra-pesta muzik tarian gay yang terbesar di dunia pula bakal diadakan di Malaysia, tidak lama lagi. Semuanya berpunca daripada kebebasan demokrasi yang diperjuangkan Sekolah Demokrasi tajaan DAP.

Parti muzik yang diberikan jolokan ‘White Party BKK Warm Up’ itu khabarnya bakal diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur pada 30hb September tahun ini.

Menurut maklumat yang tertera pada poster dan laman muka buku upacara tersebut, pesta muzik gay besaran-besaran ini dianjurkan khas oleh DivineBliss Malaysia, menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini dan berseronok dalam persekitaran yang selamat.

Poster promosi tarian gay yang bakal dilangsungkan di GTower Kuala Lumpur Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Apa sudah jadi dengan Malaysia? LGBT sudah berjaya meresapi negara kita.

Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Pendek kata, Keterbukaan ini adalah gara-gara punca dari Sekolah Demokrasi tajaan DAP. Seperti yang kita semua tahu, DAP telah melancarkan Sekolah Demokrasi (SekDem) pada akhir 2011. 
Tujuannya ialah mengumpulkan sekumpulan anak muda yang berbahasa Malaysia, kebanyakan mereka orang Melayu, pada setiap sesi untuk belajar dan berkongsi idea tentang demokrasi, sosial demokrasi dan perjuangan DAP.

Antara mereka yang aktif dalam SekDem ialah Anthony Loke, Tony Pua, Liew Chin Tong, Zairil Khir Johari, Steven Sim, Wong Shu Qi dan Dyana Sofya (Dyana juga adalah alumni SekDem) yang tidak pernah sunyi dengan skandal dan isu hangat. Malah Edry Faizal (bekas penyelaras SekDem) juga tidak terkecuali aktif dengan isu ini.

Kini Sekolah Demokrasi sudah berjaya meracuni pemikiran orang generasi muda. Generasi muda semakin berani memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan termasuk isu LGBT. Mahukan kita lihat perjuang LGBT ini berkembang di dalam negara kita. Tepuk dada tanya selera!

Comments