Pada PRU-14 akan datang kita akan melihat beberapa pemimpin Pakatan Harapan akan bertukar kerusi DUN dan Parlimen untuk menyelamatkan karier politik dan jawatan yang telah dinikmati mereka sebelum ini.
Merujuk kepada perkembangan kaji selidik yang dilakukan oleh Sinar Harian yang mendapati pengundi di kerusi yang disandang Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Zuraida telah menolak mereka dari dicalonkan semula pada PRU-14 akan datang.
Walaupun sekadar kaji selidik, namun ianya perlu diambil kira oleh mereka bertiga terutamanya Azmin Ali yang pada masa yang sama menyandang jawatan MB Selangor ketika ini.
Apa yang boleh disimpulkan sepanjang perkhidmatan Azmin Ali mentadbir Selangor, beliau banyak melakukan perubahan dasar dan menjalankan pentadbirannya tanpa menghiraukan keluhan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang menjadi majoriti penduduk di Selangor.
Jawatan MB Selangor semakin goyah apabila rakyat Selangor yang berkuturan Cina dan India juga menjadi mangsa kepada kecuaian pentadbiran Azmin Ali. Keluhan dan rintihan dari penduduk yang berpendapatan sederhana tidak didengari malah Azmin Ali hanya mementing projek mega yang diusahakannya sahaja.
Bila sudah terlibat dengan banyak skandal yang tidak dapat ditutup, Kerajaan Selangor juga tidak mahu menandatangai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan setiap negeri bersama SPRM.
Jika PRU-14 adalah penamat kepada karier politik Azmin Ali maka sumpahan Tan Sri Khalid yang dianiaya oleh Azmin Ali dan sekutunya dalam PRK Kajang (LANGKAH KAJANG) termakbul.
Anwar Ibrahim tentu pening kepala memikirkan nama besar PKR seperti Wan Azizah, Nurul Izzah, Azmin Ali dan kroninya yang lain terpaksa berhijrah dan tidak mampu mempertahankan kerusi mereka pada PRU-14 akan datang.
Nampaknya kata-kata jahat netizen yang menjangkakan PKR bakal tumbang pada PRU-14 nanti akan menjadi kenyataan kerana di dalam Pakatan Harapan banyak parti yang mempunyai asas penubuhannya berpaksikan Melayu.
Jika PH tidak pandai mencaturkan kerusi untuk mereka pada kali ini kita akan menyaksikan beberapa pemimpin PH akan kecundang di tengah jalan.
Comments
Post a Comment